Macao Destinasi Mesra Muslim

Small but interesting sesuai sekali menggambarkan negara kecil ini yang hadir dengan pelbagai lokasi dan aktiviti menarik dan unik.

Macao antara destinasi percutian yang harus dikunjungi sekali dalam seumur hidup. Kini destinasi ini lebih Muslim friendly dan sesuai sekali buat mereka yang ingin membawa keluarga berjalan-jalan ke destinasi Asia namun dipengaruhi oleh budaya dan adat Portugese. Baru-baru ini juga, Hong Kong-Zhuai-Macau Bridge juga baru dibuka yang mana jambatan ini menyambungkan tiga negara sekaligus bagi memudahkan pengunjung datang dan pergi. Bagi yang pertama kali ingin menjejak negara ini, EH! cadangkan beberapa lokasi menarik untuk dicuba.

6 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

PLANET J @ SHERATON GRAND MACAO HOTEL

Terletak d Sheraton Grand Macao Hotel, Planet J merupakan taman tema live action role playing (LARP) pertama di Macao yang sesuai buat seisi keluarga. Dengan lokasi sebesar 100,000 kaki persegi, ia direka khas buat pengunjung yang inginkan aktiviti untuk family bonding. Ia terbahagi kepada laman zon permainan yang mengandungi lebih 200 permainan unik.

 

*Tahukah anda?: Di sini juga anda digalakkan untuk mengenakan kostum khas yang disediakan oleh mereka. Karakter yang boleh dipilih termasuk ahli sihir, puteri raja, permaisuri dan raja.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link