Macao Destinasi Mesra Muslim

Small but interesting sesuai sekali menggambarkan negara kecil ini yang hadir dengan pelbagai lokasi dan aktiviti menarik dan unik.

Macao antara destinasi percutian yang harus dikunjungi sekali dalam seumur hidup. Kini destinasi ini lebih Muslim friendly dan sesuai sekali buat mereka yang ingin membawa keluarga berjalan-jalan ke destinasi Asia namun dipengaruhi oleh budaya dan adat Portugese. Baru-baru ini juga, Hong Kong-Zhuai-Macau Bridge juga baru dibuka yang mana jambatan ini menyambungkan tiga negara sekaligus bagi memudahkan pengunjung datang dan pergi. Bagi yang pertama kali ingin menjejak negara ini, EH! cadangkan beberapa lokasi menarik untuk dicuba.

7 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

ZERO LATENCY @ BROADWAY MACAO

Arena permainan realiti maya, Zero Latency yang terletak di Broadway Macao ini merupakan arena pertama di kota ini. Ia dibawakan khusus dari Melbourne, Australia, Zero Latency menempatkan beberapa permainan realiti maya yang harus dicuba sekali dalam seumur hidup sama ada seorang diri atau bersama teman. Di sini mereka menyediakan tiga permainan realiti maya berbeza iaitu Engineerium yang sesuai buat keluarga; The Zombie Survival adalah permainan menembak VR zombie manakala Singularity pula permainan menembak bertemakan angkasa yang mana anda perlu lawan robot jahat.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link