Macao Destinasi Mesra Muslim

Small but interesting sesuai sekali menggambarkan negara kecil ini yang hadir dengan pelbagai lokasi dan aktiviti menarik dan unik.

Macao antara destinasi percutian yang harus dikunjungi sekali dalam seumur hidup. Kini destinasi ini lebih Muslim friendly dan sesuai sekali buat mereka yang ingin membawa keluarga berjalan-jalan ke destinasi Asia namun dipengaruhi oleh budaya dan adat Portugese. Baru-baru ini juga, Hong Kong-Zhuai-Macau Bridge juga baru dibuka yang mana jambatan ini menyambungkan tiga negara sekaligus bagi memudahkan pengunjung datang dan pergi. Bagi yang pertama kali ingin menjejak negara ini, EH! cadangkan beberapa lokasi menarik untuk dicuba.

8 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

ELEKRON SHOW @ STUDIO CITY

Persembahan one of a kind yang harus anda tonton ini merupakan persembahan lagak ngeri elektrik teater dalam bangunan pertama dilancarkan di Studio City. Ia dibawakan oleh Melco Resorts & Entertainment yang turut menganjurkan persembahan The House of Dancing Water, Elekron membawak produksi lagak ngeri yang penuh dengan aksi menarik selama 75 minit. Elekron menampilkan banyak kenderaan elektrik untuk persembahan mereka dan setiap kenderaan tersebut adalah daripada Tesla untuk aksi masa hadapan yang penuh edgy.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link