Nabil Zamanhuri

Menyambut ulang tahun ke-23 bulan ini, namun penyanyi yang digilap oleh rancangan mentor ini masih ‘muda remaja’ di mata khalayak. Tahun ini kanvas seni anak kelahiran Kuala Lumpur ini dilimpahi rona-rona ceria. Dia dianugerahkan Asia Most Promising Singer dan Best Original Song Composition (Untuk lagu Dari Jauh) di sebuah pertandingan nyanyian antarabangsa di china. Tidak hanya berlagu, jejaka berbintang Virgo ini juga sudah tunjuk belang menerusi dunia lakonan. KELEMAHAN YANG INGIN DIPERBAIKI? Secara fizikal saya ingin menambah berat badan untuk tampak lebih fit. Oh ya, saya juga ingin menjadi lebih berani dan mengikis sifat malu, ia adakalanya menggugat keyakinan diri saya. KELEBIHAN DIRI KAMU? Pabila ia berkaitan soal kerja, saya seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. Komited dan fokus adalah kunci kepada hasil kerja yang memuaskan. KAMU SALAH SEORANG PEMINAT FANATIK MICHAEL JACKSON. APA FAKTOR YANG MEMBUATKAN KAMU MENGGILAINYA? Bagi saya dia seorang genius dalam muzik. Membaca pelbagai buku mengenai kisah hidupnya, saya kagum dengan fokus dan usahanya ‘menjual’ dan menggilap bakatnya. Siapa yang boleh berlatih lapan jam sehari semenjak usia lima tahun dan melakukannya hampir setiap hari? Pada saya dia juga ikhlas pabila berkarya dan kerana itulah lagu-lagunya kekal segar kerana ia datang dari hati. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link