Penipuan Paling Menyirap Abad Ini

Usah keliru dengan tajuk di atas, saya sekadar mengambil tagline bagi siri ‘Dato’ S’ yang dibintangi oleh Kamal Adli, Puteri Aishah, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz. Saya percaya sebahagiand aripada anda sudah pun menonton beberapa episode sebelum ini. Kejayaan menerbitkan filem televisyen ‘The Hantus’, hos Gegar Vaganza, Nabil Ahmad memberanikan diri melahirkan karya keduanya yang mula bersiaran di saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) sejak 24 Oktober lalu. Filem ini juga boleh ditonton menerusi platform digital ‘on demand’.

Filem ini diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Shahrol Esham dan idea asal oleh Nabil sendiri yang mana dia juga bertindak sebagai penerbit dan penulis skrip bagi naskhah ini.

‘Dato’ S’ menampilkan pendekatan yang berbeza dan cukup berani apabila mengangkat isu-isu semasa yang membimbangkan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita hari ini. File mini memberi fokus pada isu penipuan duit haram, isu “scammer”, penyamaran dan sebagainya.

Berkonsepkan aksi-komedi dan plot penceritaan yang mendebarkan, ‘Dato’ S’ diterajui oleh Kamal Adli yang memegang watak Sazali yang mana dia beraksi sebagai seorang jurujual yang berperwatakan menarik serta berkeyakinan tinggi. Menerusi kelebihan ini, Sazali kerap menipu orang ramai dengan pelbagai aktiviti ‘scammer’ seperti skim cepat kaya, menawarkan pakej-pakej istimewa untuk menunaikan umrah dan haji ataupun menjalankan ibadah korban, pertandingan gores dan menang, penjualan tanah, penipuan atas talian, skim pelaburan mata wang ‘bitcoin’ dan banyak lagi. Sazali berjaya memperdayakan ramai ahli perniagaan di mana mereka telah membuat pelaburan yang tinggi dan pada usia pertengahan 30-an, Sazali menjadi jutawan dan hidup dengan penuh kesenangan. Namun begitu, setiap penipuan dan aktiviti jenayah yang dilakukan Sazali ini mendapat tentangan isteri beliau, lakonan Zulin Aziz. Sazali alpa dalam dunia baru beliau sehinggakan isteri dan anak meninggalkannya.

Akibat penipuannya, Sazali diekori dua anggota polis iaitu Arman dan Bunga (lakonan Fikry Ibrahim dan Puteri Aishah) yang menyamar sebagai rakan kongsi Dato’ S untuk membongkarkan skim penipuannya. Taktik penyamaran yang dilakukan oleh Arman dan Bunga berjaya membuahkan hasil apabila satu demi persatu aktiviti “Dato” S dapat dirungkai.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link