“Saya dan Yusry, Two Different Puzzle Pieces”- Lisa Surihani

Tahun lalu genap 10 tahun debut Lisa sebagai cover girl EH! (September 2009), dan kami menemubualnya berbicara tentang kerjaya dan keluarga kecilnya. Kami ajukan tujuh soalan kepada wanita yang dilahirkan 23 Mac 1986 ini.

Okey Lisa macam mana kehidupan you hari ini? Rutinnya bagaimana?

Berdasarkan kerjaya saya, tiada rutin yang sama setiap hari. Tiada rutin yang konsisten saban hari. Saya tak melakukan benda yang sama setiap hari. Hari saya bermula sepeas solat, sarapan, makan supplement dan kopi. Selepas itu barulah saya melakukan apa yang patut dibuat. Jika hari itu bekerja, maka bergantung pada waktunya. Jika tiada apa-apa saya lebih senang luangkan masa bersama keluarga dan anak-anak, bawa mereka jalan- jalan, playtime atau ada masa saya berjumpa kawan atau saudara mara. Ada masa saya senang duduk di rumah saja.

Boleh kongsikan karakter anak-anak Lisa?

Both of them completely different individuals. Yahaira seorang yang outspoken, petah bercakap. She is quite chatterbox. Dia juga seorang yang cheeky, at the same time very much a sweetheart, caring and loving. My son pula seorang yang pemalu. Dia perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan orang lain. He is so adorable though (ketawa). Apa yang boleh saya cakap berdasarkan pemerhatian saya, dia mengidolakan kakaknya. Apa yang kakak dia cakap dan buat, dia ikut. He looks up to her. It’s always good to see mereka berdua bermain, bila mereka sama-sama duduk dengan saya untuk reading time, melihat mereka bermain dengan Yusry, bila mana Yusry menjadi playground. Saya suka melihat cara mereka berkomunikasi dan cara mereka carry themselves. Their milestone juga sangat berbeza.

Bagaimana dengan pendekatan Lisa dalam membesarkan Yahaira dan Yusof?

At the end of the day these kids are both mine and Yusry, dua-dua anak kami, jadi kami berdua sebenarnya adalah satu pasukan. Kami lihat komunikasi sangat penting dalam membesarkan anak-anak. Kami cuba mempelajari dan memahami proses pemikiran mereka, bagiamana mereka memahami atau digest satu-satu benda. We encourage them to explain to us, rather than give them conclusion straight away. Sama juga seperti mana-mana parents , semestinya kami mahu anak-anak membesar menjadi decent human being. Saya juga berpendapat penting untuk kami tunjukkan benda yang baik, how we conduct diri kami kerana senang cakap monkey see monkey do. Apa yang mereka nampak orang lebih besar buat itulah yang mereka ikut. We have to lead by example as well. Jadi apa yang saya dan Yusry buat jadi contoh atau ikutan kepada mereka.

Selepas tujuh tahun bergelar suami isteri, apa yang Lisa boleh simpulkan tentang karakter Yusry?

Saya dan Yusry adalah dua individu dengan karakter yang sangat berbeza. Senang cakap, two different puzzle pieces yang berbeza bentuknya tapi we fit each other. Yusry apa yang boleh saya katakan memang seorang yang sangat gentleman, such a doting father, menyayangi anak-anaknya. Dari dulu sampai ke hari ini dia memang seorang yang kuat bekerja. Dari dulu orang tahu dia workaholic, sangat hands on. Dia sangat detil tentang kerjanya, apa saja tanggungjawab diberikan kepadanya akan dilaksanakan dengan sepenuhnya, dia letakkan dignity and pride pada kerjanya. Yusry seorang yang hyper focus when it comes to his works. Dia juga seorang yang introvert, berbeza dengan saya. Walaupun dia seorang yang pendiam tapi bila ada yang menyapa dia pasti membalas. Bila saya kata kami berbeza karakter, makin lama kami bersama makin kami memahami karakter masing-masing. Kami cuba untuk jadi orang yang lebih baik setiap hari by learning from each other.

Apa yang boleh you rumuskan tentang pengalaman you selama lebih sedekad ini?

Saya bermula pada usia 11 tahun, waktu itu lebih banyak terlibat dengan dunia komersial. Tapi disebabkan pelajaran dijadikan keutamaan, saya hanya benar-benar serius terlibat dalam dunia seni pada tahun 2008, tahun yang sama ayah saya meninggal dunia. Pada awalnya saya mahu menjadi peguam, tak terfikir mahu menjadikan seni sebagai kerjaya. Tapi melihatkan situasi ketika itu yang saya merasakan saya ada tanggungjawab untuk menjaga keluarga, dan kebetulan rezeki ketika itu sangat baik dan tawaran berlakon tak putus jadi saya teruskan dan buat full scale.

Bagaimana dengan life span dalam industri?

Life span dalam industri ini saya tak dapat jangka. Dulu ada yang cakap pada saya lima tahun cukup lepas itu akan surut. Tapi dalam masa yang sama saya juga banyak belajar dan memahami rentak industri. Saya ambil contoh Datuk Seri Siti Nurhaliza, dah lebih dua dekad dia di industri, cara dia mengendalikan pasang surut dia di dalam industri menunjukkan kita perlu letakkan kepercayaan bahawa rezeki itu terletak di tangan Allah. Kita juga perlu terbuka dan percaya bahawa kita boleh merancang tapi Tuhan yang menentukan semuanya. Kita juga harus punya sifat terbuka bila rezeki itu bukan untuk kita, dan dalam masa yang sama kenalah ada usaha juga. Jika apa yang lazim kita lakukan tidak berkembang, kita harus beranikan diri keluar dari kepompong selesa, cuba buat benda baru. Saya kebelakangan ini banyak melibatkan diri dengan kerja belakang tabir. It’s been interesting bila melihat saya tidak di satu tempat saja, saya dapat rasakan dalam usia sedekad saya di industri saya tak rasa stagnant, ada growth nya. Saya belajar macam-macam, bekerja dengan berjenis-jenis orang yang berbeza ideologinya.

Apa yang boleh Lisa simpulkan tentang kehidupan hari ini?

A lot more comfortable, dulu saya rasa imbalance sangat sebab dulu banyak hal bermain di fikiran saya. Dulu-dulu saya selalu takut jika apa yang saya buat, apa yang saya cakap boleh menyinggung perasaan orang lain. Tapi bila difikir-fikir jika saya terus-terusan begitu saya sendiri yang susah. I can’t please everyone all the time. Saya tak boleh lakukan sesuatu jika saya rasa hal itu jauh sangat dari prinsip dan sanubari saya.

Gambar: Aaron Lee (Lensworks Production) Teks & Penyelaras: Khairul Abidin Ishak Pengarah Seni: Zulkifli Sulaiman & Yantie Basharudin Penata Gaya: Julia Azman Pembantu Penata Gaya: Muzammin Muzlan Penata Hijab: Didiyana Ehsan Solekan: Khir Khalid

Share via
Copy link