TEMUBUAL EKSKLUSIF: Kematangan DE FAM Dalam Video Muzik Panas

Mengenali setiap dari mereka sejak keluaran single pertama Supergirl, tiga gadis yang punya bakat dan keistimewaan tersendiri ini sentiasa tampil dengan aura yang mudah didekati, mesra dan sentiasa positif. Hal itu membuatkan kami di EH! gemar berurusan bersama mereka, apa sahaja pelawaan dari kami pasti diterima dengan tangan terbuka. Kini selepas dua tahun mereka kembali dengan kemunculan single PANAS, dengan nada degupan lagu yang segar, seksi dan semestinya mature, kesemuanya dapat dilihat di dalam video muzik terbaru sensasi arahan Hasif Hamid.

Saat pertama mendengar single terbaru yang dihasilkan oleh komposer Alif, saya sememangnya amat teruja, the wait is definitely worth it. Lagu kontemporari R&B yang dibawa ini tampil dengan jiwa yang berbeza, ‘ni ada un ni..’ seperti yang dilontarkan dalam rap Sophia dan punya makna yang positif, kelainan ini juga turut menguja peminat yang semestinya sudah lama menunggu akan kemunculan trio popular ini.

Eksklusif sempena tayangan perdana video muzik Panas hari ini EH! kongsikan momen dan cerita disebalik pengambaran klip video Panas dari tiga jelitawan ini tentang apa yang terjadi, dimana dan siapakah yang memberi setuhan glamor pada mereka di dalam video klip ini.

Apakah yang De Fam mahu ketengahkan di dalam single terbaru Panas?

Kami mahu mencipta nada yang berbeza dalam masa yang sama menggunakan perkataan lirik dan tajuk yang dekat dengan pendengar supaya lagu ini mudah diterima, mudah dinyanyikan dan berdansa dengannya. Kami juga mahu ubah persepi peminat untuk kenali kami dalam versi yang lebih polished, mature and empowering.

Menerusi lirik yang dinyanyikan, apa kisah disebalik lagu Panas yang mahu disampaikan?

Ada nilai kebebasan yang kami mahu terjemahkan di dalam lagu ini, bebas melangkah kehadapan, bebas menjadi diri sendiri dan memiliki minda yang bebas. Kami percaya setiap wanita perlu ada kebebasan untuk tampil lebih kehadapan, dan nilai women empowerment kekal jadi keutamaan dalam setiap lagu yang kami sampaikan.

Idea dan konsep video muzik Panas datang dari mana dan apa inpirasinya?

Perkara pertama yang kami inginkan sebernarnya adalah satu rakaman video di tepi pantai bersama api dan sebagainya, tetapi disebabkan video klip ini dirakam semasa musim monsoon, itu kekal sebagi mimpi sahaja, haha. Tetapi inspirasi luar, dengan elemen mansion di gurun dengan sedikit sentuhan tema Egyptian dapat digambarkan dengan cukup sempurna. Kami menjalankan pengambaran di Rumah Tangsi KL sahaja pada awal Oktober lepas, tetapi setiap perincian dekorasi di dalam klip video ini direka semula, begitu juga dengan penataan set pokok, bunga dan pasir, itu yang cipta mood dan keistimewaan dalam video kami.

Apa kelainan yang De Fam bawa dalam klip video ini?

Peminat semestinya sudah menjangkakan yang kami akan menari di dalam video ini, tetapi tidak. Tidak banyak koreografi di dalam video ini. Kali ini kami mahu sampaikan persepi De Fam yang berbeza, lebih khusus pada individualiti dan menonjolkan karakter masing-masing.

 

Apa perkara yag paling mencabar semasa sesi pengambaran video muzik panas ini?

Sejujurnya semasa hari pengambaran kami semua tidak sihat, pada hari pertama pengambaran Azira waktu itu dimasukkan ke hospital dan oleh sebab itu kami (Sophia dan Cik manggis) terpaksa membuat rakaman individu dahulu, tambah lagi cuaca hujan dan bila stunt man yang bermain bersama api kehabisan minyak pada saat pertengahan rakaman.

Ceritakan pula apakah inspirasi pakaian dan penataan gaya buat rakaman video panas?

Kami sudah selesa bekerja dengan penata gaya Haida Yusof dan percaya akan sentuhannya, walaupun dia pada waktu itu berada di Dubai, dia berjaya menggayakan kami dengan bantuan dari Zulvanny, penaataan gaya yang kami inginkan adalah dari inspirasi survivor tampak lasak dan edgy seperti Destiny’s Child. Buat rakaman klip video ini kami gayakan tiga tema yang berlainan, pertama set dengan gaya feminin, kedua lebih kepada gaya tribe dan ketiga gaya classy yang tambak lebih bold.

Apa pula inspirasi solekan dan dandanan yang diketengahkan dalam video muzik ini?

Sejujurnya kami tidak meletakkan apa-apa reference buat solekan, kami hanya terangkan konsep video muzik ini dan selebihnya kami beri kebebasan pada jurusolek Ahma Dani dan Nad Ismail , dan dandanan pula dari Yusof Ruzaimi dan Juno Ko untuk berkesperiment dan berkarya dengan sendiri. Buat ketiga-tiga gaya yang disampaikan tampil dengan karakter solekan dan dandanan yang berbeza dan kami sangat bertuah dapat bekerja dengan mereka.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link