To All The Boys I’ve Loved Before

Berbakat besar, petah bercakap malah tampil dengan penampilan tersendiri, wajah-wajah ini antara yang bakal mendominasi industri hiburan tempatan. The boys’ takeover start now!

TEKS: ANIS HANINI

 

Sempena ulang tahun EH! ke-20 tahun, kami membawa 10 jejaka terhangat dalam seni hiburan sama ada dalam bidang lakonan, pengacaraan mahupun nyanyian. Mereka termasuk wajah baru seperti Ismail Izzani yang terkenal dengan lagu Luar Biasa serta Luqman Faiz yang hadir di pasaran dengan lagu terkini Takhta Cinta. Kami juga bawakan Sean Lee yang kian naik dengan drama popular Demi Rindumu serta Aedy Ashraf yang kini juga merupakan usahawan perniagaan sendiri iaitu FamFries Kitchen. Ingat tahu siapa lagi tersenarai? Baca dengan lebih lanjut.

1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

AEDY ASYRAF, PELAKON

Projek terbaru saya…
Saya masih aktif dalam bidang lakonan selain menguruskan perniagaan sendiri iaitu Famfries Kitchen. Pada masa yang sama saya juga menguruskan pasukan bola sepak saya iaitu Challo FC. Kami sedang menjalankan tour di seluruh Malaysia.

Apakah risiko paling besar anda pernah ambil dan ia berbaloi?
Menghadiri majlis perkahwinan bekas teman wanita saya.

Trik penjagaan wajah yang paling berkesan bagi saya ialah
Menggunakan aloe vera setiap malam.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link