EH!

fesyen, kecantikan, hiburan, gaya hidup

  • Muka Depan
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • Santai
    • DIY
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
    • Acara
    • Anugerah Cantik EH! 2017

Antara Sebab Anda Tidak Dapat Kerja

Gaya Hidup · 17/05/2013

Izza Ibrahim

Sudah banyak temu duga yang anda pergi namun tiada satu yang menelefon kembali untuk menawarkan pekerjaan kepada anda. Temu duga berjalan dengan lancar dan anda merasakan anda layak dengan jawatan yang dipohon. Tetapi mengapa anda masih tidak mendapat pekerjaan?

 

Sebab Tidak Dapat Kerja

Gambar: business-english.pl

 

Akaun Laman Sosial Membosankan

Seseorang tidak dapat menilai sikap anda dengan hanya berjumpa dan berbicara dengan anda ketika temu duga dijalankan. Penyelesaiannya, mereka akan menyiasat dengan menggunakan laman sosial. Mungkin anda akan mengatakan ia tidak profesional, namun cara ini telah digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. Sekiranya anda kerap meluahkan rasa marah di laman sosial, bersikap negatif terhadap seseorang atau mungkin kerap memulakan pergaduhan di laman sosial, anda bukanlah pilihan utama majikan.

 

Guna Orang Dalam

Mungkin ini tidak diaplikasikan di Malaysia, namun begitu sekiranya anda tinggal di luar negara, penggunaan orang dalam adalah penyebab utama anda tidak mendapat kerja. Menurut soal selidik yang dijalankan oleh Michigan State University, 32 peratus daripada syarikat-syarikat besar tidak akan menerima resume yang dihantar oleh orang dalam. Ada juga syarikat di Malaysia yang tidak menerima pasangan suami isteri atau anak beranak untuk kerja di bawah satu bumbung.

 

Terlalu Menjual Diri

Sememangnya anda digalakkan untuk menjual diri ketika temu duga, tetapi sekiranya anda melebih-lebih, ia akan dianggap seperti anda berlagak pula. Di dalam resume, sekiranya anda menulis sesuatu kemahiran seperti aplikasi grafik yang anda mahir, sekiranya anda hanya tahu rotate gambar menggunakan aplikasi berkenaan, anda sebenarnya masih belum mahir di dalam aplikasi tersebut. Jadi tidak perlulah anda menyenaraikannya di dalam senarai kemahiran anda.

 

Tidak Bersedia

Sebelum anda menghadiri temu duga, buat sedikit persediaan awal dari semua segi. Dari segi penampilan, pilih pakaian yang kemas dan bersesuaian dengan pekerjaan yang dimohon. Sekiranya anda menghadiri temu duga untuk menjadi seorang pegawai bank, janganlah mengenakan skirt yang terlalu pendek. Pastikan pakaian anda tidak berkedut kerana ia akan menggambarkan anda seorang yang pemalas. Kurangkan aksesori dan ikat rambut dengan kemas. Sediakan salinan resume dan dokumen penting untuk diserahkan kepada mereka yang menemu duga anda.
 
Ini menunjukkan yang anda seorang yang teratur dan sentiasa bersedia. Sekiranya anda tidak berjaya di dalam temu duga, mungkin anda tidak mengkaji latar belakang syarikat tersebut. Sedikit pengetahuan tentang syarikat serta pesaingnya mampu menampakkan minat anda terhadap perniagaan mereka dan kerja yang bakal ditawarkan kepada anda.
 
 

Artikel Berkaitan

Goa Destinasi Baru AirAsia
Kes-kes Penganiayaan Haiwan Dan Hukumannya
Tip Berguna Pemegang Kad Kredit
Apa Yang Scha Alyahya Suka Tentang Tokyo

Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest
0Share on Tumblr
Tumblr
0Email this to someone
email
Print this page
Print
PREVIU ISU TERKINI
LANGGANAN DIGITAL

Apa Kata Anda

Apa Kata Anda (Disember 2017)

Promosi

  • Kongsi kepada kami kreativiti anda sempena Hari Wanita Sedunia 2019!

EH! Instagram

EH! Twitter

Ikuti @EHMalaysia!
  • Artikel ini berguna buat pasangan suami isteri yang baru berkahwin. https://t.co/kr8RpsMqER
    · reply · retweet · favorite
  • Tak salahkan kalau kita go through semula fakta tentang bumi yang kita pelajari sewaktu zaman persekolahan? EH! ada… https://t.co/bRuqMHFKjh
    · reply · retweet · favorite
  • Adakah ia benar tulus atau permainan perasaan semata? Baca kisah benar yang sedikit sebanyak memberi pengajaran bua… https://t.co/8Xe9wqVsVs
    · reply · retweet · favorite
  • Sempena Hari Kekasih semalam, ramai bintang Hollywood yang mengambil peluang berkongsi luahan cinta di Instagram. L… https://t.co/gvS7q80g9q
    · reply · retweet · favorite
  • Ada yang tak sihat ke tu? Mungkin anda patut ambil makanan ini untuk sembuhkan demam dengan segera, jika anda mahu… https://t.co/CQFQPkwDib
    · reply · retweet · favorite
6210 mengikuti @EHMalaysia
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • DIY
    • Santai
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
  • Acara
  • Apa Kata Anda
  • Mutiara Kata
BluInc
  • Peluang Pengiklanan
  • Hubungi Kami
  • Kembali Ke Atas

Copyright © Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K)
Hak Cipta Terpelihara