EH!

fesyen, kecantikan, hiburan, gaya hidup

  • Muka Depan
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • Santai
    • DIY
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
    • Acara
    • Anugerah Cantik EH! 2017

Lima Prinsip Ini Bantu Anda Kecapi Bentuk Badan Idaman Di Gim

Gaya Hidup · 16/06/2017

Farhana Fuad

Anda bayar setiap bulan dan hasilnya kabur? Gim bukan sepenuhnya tentang mendapat tubuh yang sihat jika tidak mengikut aturannya.

 

Gambar : Shutterstock

 

Situasinya begini, seorang teman mengikat kontrak bersama sebuah gim komersial atas alasan mahu tubuh yang lebih langsing dan menawan di samping untuk kekal sihat. Dia membayar kira-kira hampir RM200 sebulan dan selepas hampir setahun kontrak diikat dia mengeluh kerana hasilnya tiada. Dan saya tanyakan kenapa, dengan mudah dia menyalahkan kekangan masa dan semakin kurang motivasi. Jadi saya katakan padanya – You pay for nothing? Dia diam dan ya saya yakin itulah jawapannya.

 

Situasi ini tidak hanya terjadi pada teman saya. Melalui pemerhatian ramai sebenarnya membayar servis gim yang beratus-ratus ringgit tanpa menggunakan sepenuhnya pada jalan yang betul. Ada saja alasan yang dicipta saat perlu melangkah ke pusat senaman tersebut dan motivasi hanya akan datang bila melihat ada individu yang memiliki tubuh yang mereka impikan.

 

Memetik kata-kata Alice Wignal dalam artikelnya yang bertajuk Is Joining the Gym A Pointless Exercise? – “Gym don’t care if you don’t go, they don’t even really care if you leave – they just care that you and lots of other people like you, join up.”

 

Di Mana Silapnya? Satu kajian yang dilakukan di United Kingdom menyatakan sehingga awal 2012 hampir 5.2 juta rakyat negara tersebut memiliki akaun pusat gim komersial tetapi tidak sampai 50 peratus yang mencapai matlamat seperti apa yang mereka mahukan. Apa yang lebih menyedihkan mereka tidak langsung hiraukan wang dibazirkan setiap bulan dengan membayar tanpa pergi untuk melakukan aktiviti senaman. Zoe Williams jurnalis The Guardian, menulis dalam artikelnya The Gym Is A Genius Con We Should Be Ashamed To Fall For, idea memasuki gim hari ini sudah menjadi satu budaya urban yang sebetulnya hanyalah sebuah perniagaan yang menguntungkan sebelah pihak jika keahlian yang didaftar tidak digunakan secara betul.

 

Tambah Zoe, ramai yang terpedaya dengan tawaran serta promosi hebat yang dilakukan pusat gim komersial. Tuala percuma, air minuman dengan isian semula secara percuma dan fancy shower room mengaburi mata mereka. Dan bagi sesetengah wanita gim menjadi tempat mereka beriadah, bertemu rakan-rakan atau sekadar meluang masa melakukan yoga yang tidak tentu lagi betul caranya. Selepas itu masa dihabiskan bual kosong juga potluck.

 

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

1. Disiplin. Perlu lebih konsisten dalam mengikut jadual senaman juga pemakanan.

 

2. Lebih baik pergi bersendirian kerana anda akan lebih fokus melakukan apa yang anda perlu lakukan.

 

3. Ingat betapa ruginya duit yang anda belanjakan setiap bulan membayar gim jika kemudahan yang disediakan tidak digunakan ke jalan yang betul atau sekadar pergi untuk suka-suka.

 

4. Elak lakukan senaman berulang. Penting untuk anda tukar rutin senaman agar tidak terikat dengan rutin yang sama.

 

5. Ubah cara pemakanan. Kawal kuantiti dan makan pada masanya. Apa yang penting adalah sarapan pagi dan makan malam yang lebih awal. Elak makanan berat pada lewat malam cukup sekadar hidangan Milo panas bersama biskut.

Artikel Berkaitan

Hidup secara ‘hijau’ sepanjang bulan ini!
Lokasi Perkahwinan Outdoor Pilihan EH!
Tip & Trik Memakai Krim Tabir Suria
Percutian Musim Bunga
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
0Pin on Pinterest
Pinterest
0Share on Tumblr
Tumblr
0Email this to someone
email
Print this page
Print
PREVIU ISU TERKINI
LANGGANAN DIGITAL

Apa Kata Anda

Apa Kata Anda (Disember 2017)

Promosi

  • EH! Pemenang Promosi Mac 2018

EH! Instagram

  • Penampilan istimewa @heybiblee di @laneigemy Global Media Conference 2018 pada bulan Mac lalu buatkan ramai yang teruja. Pengarang majalah EH!, Khairul Abidin turut berkesempatan menemu bual secara eksklusif bintang terkenal Korea Selatan ini. Tonton video penuh di www.eh.com.my. Klik link di bio.
#ehmalaysia
    Penampilan istimewa @heybiblee di @laneigemy Global Media Conference 2018 pada bulan Mac lalu buatkan ramai yang teruja. Pengarang majalah EH!, Khairul Abidin turut berkesempatan menemu bual secara eksklusif bintang terkenal Korea Selatan ini. Tonton video penuh di www.eh.com.my. Klik link di bio. #ehmalaysia
  • Datin @ninajuren , @haniszalikha , @neelofa & @dianadanielleb di majlis pelancaran @shadedough by Hanis Zalikha pagi tadi. 
#ehmalaysia 
#shadedoughbyhaniszalikha
    Datin @ninajuren , @haniszalikha , @neelofa & @dianadanielleb di majlis pelancaran @shadedough by Hanis Zalikha pagi tadi. #ehmalaysia #shadedoughbyhaniszalikha
  • @haniszalikha & @theyusufiskandar di majlis pelancaran @shadedough , label kosmetik milik Hanis Zalikha sendiri. Congratulations  #shadedoughbreakfastclub
#shandedoughbyhaniszalikha 
#ehmalaysia
    @haniszalikha & @theyusufiskandar di majlis pelancaran @shadedough , label kosmetik milik Hanis Zalikha sendiri. Congratulations #shadedoughbreakfastclub #shandedoughbyhaniszalikha #ehmalaysia
  • Tahniah @shahilaamzah yang selamat diijabkabulkan hari ini. 
#ehmalaysia *gambar @anhevents
    Tahniah @shahilaamzah yang selamat diijabkabulkan hari ini. #ehmalaysia *gambar @anhevents
  • OPPO melancarkan peranti baru OPPO F7 dan Neelofa dinamakan sebagai duta produk ini. #ehmalaysia
    OPPO melancarkan peranti baru OPPO F7 dan Neelofa dinamakan sebagai duta produk ini. #ehmalaysia
  • Kolaborasi eksklusif antara pereka kasut tempatan terkenal, Christy Ng @christyngshoes dan pelakon Syatilla Melvin @samtilla bakal menemui anda khas untuk Raya tahun ini. Step up your Hari Raya style with ‘SYATILLA for CHRISTY NG’ #syatillaforchristyng #hotelstripeskl #mystripesstory #whitedistrictkl #ehmalaysia
    Kolaborasi eksklusif antara pereka kasut tempatan terkenal, Christy Ng @christyngshoes dan pelakon Syatilla Melvin @samtilla bakal menemui anda khas untuk Raya tahun ini. Step up your Hari Raya style with ‘SYATILLA for CHRISTY NG’ #syatillaforchristyng #hotelstripeskl #mystripesstory #whitedistrictkl #ehmalaysia
  • Ummi Nasir antara salah seorang juri Anugerah Cantik EH! 2018. Nak tahu apa produk pilihan @makeupbyumminasir nantikan EH! isu julai 2018! #anugerahcantikeh2018 #ehmalaysia #umminasir
    Ummi Nasir antara salah seorang juri Anugerah Cantik EH! 2018. Nak tahu apa produk pilihan @makeupbyumminasir nantikan EH! isu julai 2018! #anugerahcantikeh2018 #ehmalaysia #umminasir

EH! Twitter

Ikuti @EHMalaysia!
  • A steamy round of tongue tango can lead to great sex! Setuju? Bercumbu sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan lain. https://t.co/v85kdZDOEg
    · reply · retweet · favorite
  • Kita semua pasti pernah mengalami masalah jerawat yang tumbuh di sekitar tubuh terutama sekali di bahagian belakang… https://t.co/rTmvl4aMto
    · reply · retweet · favorite
  • Jika diimbas kembali gaya selebriti-selebriti TV dan filem ini ketika remaja, pastinya ramai yang seakan tidak perc… https://t.co/PEujrLZmLk
    · reply · retweet · favorite
  • Canon mahu anda kongsikan detik indah dalam kualiti tinggi dengan rakaman dari kamera EOS M50 yang hadir dengan pel… https://t.co/RkMKB50t7K
    · reply · retweet · favorite
  • Canon mahu anda kongsikan detik indah dalam kualiti tinggi dengan rakaman dari kamera EOS M50 yang hadir dengan pel… https://t.co/0KOqZlXul3
    · reply · retweet · favorite
6156 mengikuti @EHMalaysia
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • DIY
    • Santai
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
  • Acara
  • Apa Kata Anda
  • Mutiara Kata
BluInc
  • Peluang Pengiklanan
  • Hubungi Kami
  • Kembali Ke Atas

Copyright © Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K)
Hak Cipta Terpelihara