EH!

fesyen, kecantikan, hiburan, gaya hidup

  • Muka Depan
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • Santai
    • DIY
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
    • Acara
    • Anugerah Cantik EH! 2017

Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Selamat Berkahwin Dalam Dua Majlis; Hindu & Kristian

Hiburan · 03/12/2018

Farhana Fuad

Bermula dengan upacara perkahwinan mengikut agama Nick Jonas, kemudian diikuti dengan upacara perkahwinan tradisional India buat Priyanka. Pasangan ini berkahwin dalam majlis yang cukup meriah dan besar-besaran.

Prev9 of 12Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada hari Sabtu menerusi majlis perkahwinan servis Kristian yang dirasmikan oleh pastor bapa Nick iaitu Kevin Jonas Sr. Pada hari Ahad pula, pasangan ini sekali lagi berkahwin tetapi di dalam upacara agama Hindu. Kedua-duanya berlangsung di Umaid Bhawan Palace di Jodhpur.

 

"Ia sangat penting buat Priyanka untuk mengadakan majlis perkahwinan mengikut adat India yang mana sebagai tanda menghormati warisan dan budaya agamanya, sama penting seperti upacara Kristian yang mana menghormati latar belakang agama Nick," ujar sumber kepada PEOPLE.

 

Dilaporkan yang mana pasangan ini mengenakan pakaian pengantin rekaan Ralph Lauren ketika upacara Kristian, manakala ketika upacara Hindu, Priyanka memakai sari berona merah, sementara Nick menyarung pakaian tradisional India bersama turban.

 

Ia masih kurang jelas apakah adat perkahwinan yang pasangan ini lakukan, namun kebiasaannya menerusi sebuah perkahwinan agama Hindu, ia dimulakan dengan upacara baraat, di mana pengantin lelaki tiba di lokasi dengan menaiki seekor kuda berkostum dan dikelilingi ahli keluarganya yang menari dan menyanyi sepanjang perjalanan ke tempat itu dan di situ ibu bapa kepada pengantin perempuan akan menjemput bakal menantunya dengan upacara blessing kecil.

 

Pasangan biasanya berkahwin di bawah mandap, sebatang tiang, struktur terbuka di mana terletaknya api membara. Ketika Raksha Bandhan, seutas tali akan diikat kepada pengantin perempuan dan pergelangan tangan pengantin lelaki sebagai tanda perlindungan sepanjang perjalanan ikatan perkahwinan mereka.

 

Seterusnya pasangan ini bertukar galungan bunga berona terang ketika jaimala sebagai tanda kemahuan mereka untuk menghabiskan seluruh hidup mereka bersama.

 

Perayaan perkahwinan Priyanka dan Nick sudah bermula sejak Rabu lalu yang mana dimulai dengan upacara puja di kediaman keluarga Priyanka di Mumbai. Ia merupakan upacara keagamaan untuk meraikan majlis seterusnya.

 

 

Berikutan ketibaan mereka di Umaid Bhawan Palace di Jodhpur, pasangan ini menyambung upacara perkahwinan mereka dengan Mehendi pada Jumaat lalu, di mana pasangan ini dipakaikan rekaan inai di tangan masing-masing dan disambut dengan Sangeet, sebuah parti keraian dengan persembahan sebagai tanda meraikan pasangan itu.

 

Priyanka dan Nick berhubungan hanya beberapa bulan sebelum mereka bertunang pada Julai lalu pabila Nick menutup sebuah stor Tiffany & Co hanya untuk membeli sebentuk cincin berlian.

Artikel Berkaitan

Pengakuan Shila Amzah: Pernah Jadi Mangsa Keganasan Lelaki
Kamal Adli Cuba Sedaya Upaya Selamatkan Hubungan Cinta Bersama Emma Maembong
Kendall Jenner Dan Anwar Hadid Dilihat Intim Bersama, Apa Kata Bella Dan Gigi Hadid?
Syafiq Kyle Dedah Selebriti Wanita Tempatan Yang Dia Idam Untuk Berlakon Bersama

Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest
0Share on Tumblr
Tumblr
0Email this to someone
email
Print this page
Print
PREVIU ISU TERKINI
LANGGANAN DIGITAL

Apa Kata Anda

Apa Kata Anda (Disember 2017)

Promosi

  • Kongsi kepada kami kreativiti anda sempena Hari Wanita Sedunia 2019!

EH! Instagram

EH! Twitter

Ikuti @EHMalaysia!
  • Selain dari menjadi faktor utama wanita yang bergelar isteri disahkan hamil, semen atau air mani sebenarnya mampu b… https://t.co/Q56P3IsMkv
    · reply · retweet · favorite
  • Biarpun hari Wanita Antarabangsa hanya bertarikh pada 8 Mac, namun 10 wanita ini membuktikan yang mana tidak kira h… https://t.co/Q3d6UCLXl4
    · reply · retweet · favorite
  • Apa kata kami serahkan tugas ini kepada si isteri? Berikut merupakan petanda yang si dia sudah tidak sabar untuk be… https://t.co/spqV9OcDzj
    · reply · retweet · favorite
  • Sama ada anda berjalan di atas jalan berbatu, berenang di lautan Caribbean, atau mungkin mengikuti pengembaraan, pa… https://t.co/cJ3wzvXg1X
    · reply · retweet · favorite
  • Adakah anda benar tahu tentang bumi? EH! kongsi 25 fakta berkaitan bumi yang anda patut tahu untuk menambah lebih p… https://t.co/SathLDKpwt
    · reply · retweet · favorite
6212 mengikuti @EHMalaysia
  • Fesyen
    • Berita Fesyen
    • Jurnal Fesyen
    • Gaya Jalanan
    • Stail
  • Kecantikan
    • Berita Cantik
    • Jurnal Cantik
    • Nota Cantik
    • Produk Hangat
  • Hiburan
    • Khabar Selebriti
    • Muzik & Filem
    • Siapa Dia
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Wang & Kerjaya
    • DIY
    • Santai
    • Tekno
  • Perhubungan
    • Anda & Dia
    • Inilah Lelaki
    • Seks
  • Promosi
  • Acara
  • Apa Kata Anda
  • Mutiara Kata
BluInc
  • Peluang Pengiklanan
  • Hubungi Kami
  • Kembali Ke Atas

Copyright © Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K)
Hak Cipta Terpelihara