Album Yuna, Chapters Diiktiraf Majalah Rolling Stones

Oleh : Farhana Fuad

 

 

yuna

Gambar : sumber Google

 

Sekali lagi penyanyi R&B kelahiran tanah air, Yuna, mengharumkan nama negara melalui persada muzik dunia apabila album terbarunya yang berjudul Chapters diiktiraf sebagai antara album R&B  terbaik tahun ini yang diberikan oleh majalah terkenal antarabangsa, Rolling Stones.

 

Menerusi artikel yang dimuat naik ke dalam laman web rasmi Rolling Stones yang bertajuk Best R&B Albums of 2016 So Far, album Chapters milik Yuna disifatkan cukup menarik hati pendengar di seluruh dunia.

 

Menurut pengarang majalah, Mosi Reeves, Yuna mempunyai bakat yang hebat dan terbaik dalam penulisan lirik dan penghasilan lagu.

 

“Album Chapters yang semakin mendapat perhatian sejak single sulungnya, Crush duet bersama Usher dilancarkan. Yuna hanya memerlukan satu atau dua lagu popular untuk mendapat perhatian arus perdana,” kata Mosi di dalam artikel tersebut.

 

 

Yuna turut memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya yang menunjukkan paparan skrin artikel dari Rolling Stones tersebut serta ucapan terima kasih serta terharunya atas tulisan dari majalah terkenal itu.

 

Tahniah buat Yuna!

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link