Alicia Keys Dikecam Kerana Tidak Bersolek di MTV VMA 2016

Oleh : Anis Hanini

 

Alicia Keys arrives on the red carpet with a view of the Empire State Building at the 2016 MTV Video Music Awards at Madison Square Garden in New York City on August 28, 2016. Performers at the 2016 MTV VMA's include Rihanna, Britney Spears, Ariana Grande and Nicki Minaj. Photo by John Angelillo/UPI Photo via Newscom

Gambar : TPGimages

 

MTV Video Music Awards tidak lengkap tanpa kostum dan solekan yang melebih-lebih malah di sini juga dapat dilihat ada sesetengah selebriti berebut-rebut untuk menayangkan badan mereka dengan pakaian yang paling melampau.

 

Muncul pula penyanyi yang terkenal dengan lagu If I Ain’t Got You dan No One, Alicia Keys di karpet merah dengan tanpa sebarang solekan langsung.

 

Ramai yang lupa bahawa A;licia pernah menulis esei di laman web Lenny Letter yang dicipta oleh Lena Dunham Mei lalu bahawa dia memilih untuk tidak mengenakan solekan kerana dia pernah rasa tidak yakin dengan diri sendiri dan merasakan terlalu banyak tekanan untuk wanita muda menjadi sempurna.

 

Dia menulis I hope to God it’s a revolution. Cause I don’t want to cover up anymore. Not my face, not my mind, not my soul, not my thoughts, not my dreams, not my struggles, not my emotional growth. Nothing.

 

Malah, esei yang ditulis oleh Alicia ini turut mendapat sambutan ramai yang mana movement #NoMakeup turut disertai oleh beberapa selebriti lain termasuk Demi Lovato, Jennifer Lopez serta Gwyneth Paltrow yang berkongsi beberapa imej mereka di laman sosial tanpa sebarang solekan di wajah.

 

Alicia turut dikatakan begitu komited dengan keputusannya, dia juga tidak mengenakan solekan di rakaman siri televisyen The Voice musim baru.

 

Namun selepas beberapa gambarnya di MTV VMA 2016 muncul di kaca televisyen dan laman sosial, ramai netizen menganggap tindakan Alicia adalah sebagai satu movement anti solekan malah ada yang menganggapnya menjengkelkan dan tidak cantik.

 

Alicia membalas kutukan tersebut dengan tweet positif bersama gambarnya tanpa solekan.

 

 

Di dalam dunia serba canggih sekarang yang mana informasi boleh dapat hanya di hujung jari, seorang wanita boleh memilih untuk sama ada mengenakan solekan atau tidak.

 

Keputusan Alicia untuk tidak mengenakan solekan seharusnya tidak menjadi kontroversi malah harus diterima semua apatah lagi seorang selebriti terkenal mampu mengatakan bahawa dia selesa dengan dirinya walaupun nampak tidak cantik di mata umum.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link