Cara Pemilihan Seluar Jeans

stack of blue jeans isolated on white background

Gambar: INGimage

 

Seluar jean merupakan helaian yang mesti ada di dalam almari kita. Namun begitu, dalam banyak-banyak seluar jean, anda selalunya setia dengan sepasang sahaja kerana percaya ia sangat sesuai dengan potongan badan anda. Selebihnya, hanya dibiarkan tidak berusik di dalam almari. Untuk itu, sebelum anda membeli seluar jean, kenali kelemahan bentuk badan anda dan cari potongan yang sesuai dengannya.

 

Berpinggul Lebar

Cari seluar jean yang berwarna gelap dan sedikit kembang untuk memberi keseimbangan pada bentuk badan. Untuk keselesaan cari celana yang mempunyai regangan. Cuba elakkan potongan skinny, berpinggang tinggi dan potongan kaki yang lebar. Semak bahagian poketnya. Jangan beli yang berpoket kecil kerana akan menampakkan pinggul anda lebih lebar.

 

Berkaki Pendek

Kami faham anda mahukan keselesaan tetapi cuba elakkan membeli seluar jean yang terlalu longgar atau pun seluar jean baggy. Celana yang jatuh ke bawah pinggang membuatkan kaki anda tampak lebih pendek. Potongan lurus merupakan yang paling sesuai untuk anda. Titik beratkan panjang seluar jean anda. Panjangnya harus di bawah buku lali kerana jean yang pendek tidak membantu untuk menampakkan kaki anda lebih panjang. Cuba elak memasukkan baju ke dalam celana.

 

Berisi

Jangan sesekali membeli low-cut atau jean skinny kerana ia akan membuatkan anda merasa tidak selesa. Pilih celana yang satu saiz lebih besar daripada saiz anda dan hantar ke tukang jahit untuk perbetulkan pinggangnya. Ia akan membuatkan seluar jean tampak terletak cantik di kaki dan pinggul anda. Cuba cari seluar jean yang ringkas tanpa corak.

 

Terlalu Kurus

Pilih seluar jean yang berpotongan lurus dan ketat di bahagian belakang dan elakkan potongan kembang. Cari warna yang terang untuk menyerlahkan bentuk kaki dan pinggul anda. Pilihan yang terbaik adalah seluar jean skinny yang panjangnya atas buku lali.

 

 

Share via
Copy link