5 Gaya Paling Menawan Di BAFTAs 2020

EH! senaraikan antara stail selebriti yang paling ONS di anugerah BAFTAs 2020 yang berlangsung di Royal Albert Hall, London, United Kingdom.

1. Renee Zellweger

Renee Zellweger tampak sangat manis dan romantik dalam persalinan satin Prada ini. Dandanan rambutnya juga cukup bersahaja. Yes, less is more!

Foto: Dave J Hogan

2. Jodie Turner-Smith

Shine bright like a sunshine! Jodi kelihatan sangat menyerlah dan stand out dalam persalinan sarat jemeki dari Gucci ini.

Foto: David M. Benett

3. Saoirse Ronan

Selain Jodie, Saoirse Ronan juga adalah selebriti yang memilih untuk menggayakan persalinan daripada Gucci pada malam itu. Saoirse tampak anggun dalam gaun satin hitam labuh dan memadankannya dengan gincu terang.

Foto: Dave J Hogan

4. Daisy Ridley

Talk about drama! Rekaan busana yang digayakan oleh Daisy ini sangat dramatik dan lain dari yang lain. Gaun menawan ini adalah hasil rekaan pereka terkenal, Oscar de la Renta.

Foto: Dave J Hogan

5. Ella Balinska

Ella Balinks adalah salah seorang selebriti dengan look paling dramatik pada malam itu. Ella tampak sangat wow dalam persalinan mini dress Giambattista Valli ini.

Foto: Tolga Akmen

Share via
Copy link