Terokai Gaya Seperti Perisik Dengan Police Eyewear

Teks : Razin Mohd

Putting a new pair of sunglasses is a simple way to completely transform your look! Dan kerana itu EH! tampilkan Aiman Hakim dalam beberapa gaya kaca mata baharu dari Police, kami juga menjenguk akaun instagram selebriti tanah air yang menggayakan kaca mata eksklusif Police edisi Men In Black : International!

Kaca mata hitam sudah jadi satu aksesori ‘cool’ tetapi bersahaja untuk digayakan buat apa jua jenis acara. Istimewa bersempena filem baharu ‘Men In Black™ : International’ lakonan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson, Police menghasilkan satu rekaan kaca mata eksklusif (Origins 1 SPL872K) serba hitam dalam kemasan berkilat khas buat filem ini, semestinya bakal memberi identiti gaya seorang perisik kepada sesiapa sahaja yang menggayakannya.

Mengetahui identiti perisik yang semestinya misteri, kacak dan bergaya, EH! tampilkan Aiman Hakim dalam gaya eksklusif Men in Black bersama beberapa kaca mata baharu yang lain dari Police. Saksikan video penuh di bawah untuk variasi gaya Police.

Untuk meneroka lebih lanjut EH! ‘singgah’ melihat enam bintang selebriti tanah air di media sosial antaranya Azrel Ismail, Izzue Islam, Andi Bernadee, Eleena Sui dan Nazrief Nazri untuk melihat bagaimana mereka menggayakan kaca mata hitam edisi Men in Black : International dari Police ini. Rekaan bingkai petak bersama logo ikonik Police 90-an yang datang bersama bekas istimewa Men in Black : International ini sudah semestinya menjadi aksesori yang sesuai untuk lelaki dan perempuan (uniseks), dan padankannya bersama gaya kasual untuk mood gaya ala agen perisik!

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 Andi Bernadee

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link