Chic & Modest Di Pagi Raya Bersama UNIQLO

Buat anda yang masih buntu kerana masih belum membeli baju raya, sama ada kerana kehabisan stok, tiada saiz atau baju yang diigin sudah sold out, anda mungkin akan mempertimbangkan himpunan UNIQLO kolaborasi  bersama Hana Tajima yang modest dalam pilihan rekaan dan warna yang pelbagai.

 

 

Kolaborasi bersama pereka fesyen berjiwa moden kelahiran United Kingdom kali ini menjadi dambaan ramai wanita yang sedang mengejar trend rekaan yang ringkas, sopan dan anggun. Buat koleksi musim luruh/sejuk 2017 Hana Tajima kembali dengan 23 rekaan termasuk jenis cetak dan polos yang cukup versatil.

 

Sudah menjadi indentiti Hana Tajima, dia membariskan pilihan warna kedam dan panas dengan  mengetengahkan rekaan yang sofistikated namun masih bermain dengan potongan dan perincian unik seperti drape, lipatan  dan ikatan.  Mesra digayakan buat gadis berhijab, koleksi ini juga hadir bersama selendang dalam kualiti fabrik premium beserta corak yang mudah disuai padan.

 

Saksikan koleksi kolaborasi UNIQLO dan Hana Tajima dalam penataan cukup modest yang digayakan oleh empat jelitawan Elfira Loy, Sarah Hildebrand, Kaka Azraf dan Azira Shafinaz dalam Majalah EH! keluaran Jun 2017;

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Teks, Penyelaras & Penata Gaya : Razin Mohd

Gambar : Eric Blink Studio

Solekan : Tiar Zainal & Emmy Agung

Dandanan : Juno Ko

Lokasi : Kopenhagen Coffee

 

Artikel Berkaitan

Copy link