#COVID19 Ralph Lauren Bantu Pereka Fesyen Amerika Yang Terjejas Akibat Coronavirus

Foto: Ralph Lauren UK

 

Pereka fesyen tersohor Amerika Syarikat, Ralph Lauren mengumumkan akan memberi sumbangan sebanyqak RM40 juta dalam usahanya memberi bantuan melindungi dan merawat pesakit yang dijangkiti Corona Virus atau Covid-19. Dana sumbangannya itu akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa organisasi termasuklah Organisasi Kesihatan Dunia atau WHO.

“Waktu sekarang adalah detik yang paling memerlukan until kita semua memberi sokongan antara satu sama lain dan ini adalah misi kami,” kata Ralph Lauren menerusi kenyataan medianya.

Tidak hanya kepada organisasi luar, Ralph Lauren juga memberi jaminan akan terus membantu kakitangannya yang memerlukan bantuan kewangan, perubatan, penjagaan warga emas mahupun kanak-kanak sepanjang pandémik ini. Pereka fesyen yang berusia 80 tahun ini juga kahabarnya akan memberi sumbangan kepada Council of Fashion Designers of America (CFDA) untuk membantu pereka fesyen yang terkesan dengan wabak yang bermula di China penghujung tahun lalu.

Share via
Copy link