Fantasi ICE GLAM

 

 

Teks: Julia Azman

 

Masa mengejar tuah! ICE Watch hadir sebagai pelengkap rutin harian anda dengan penuh simbolik dan glamor.

 

ICE Watch mula diperkenalkan sekitar tahun 2007 hingga kini masih kukuh menampilkan pelbagai koleksi jam tangan dengan rekaan berbeza di setiap 55 buah negara seluruh dunia.

 

Setiap rekaan ICE Watch punya elemen tersendiri malah sentuhannya dilihat cukup personal dan moden. Untuk koleksi terbaru ICE Watch memperkenalkan koleksi ICE GLAM yakni sebuah himpunan lambang kemegahan dannkekayaan.

 

Koleksi ini direka khas sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu, satu himpunan yang mahu meraikan kemeriahan dengan penuh energi. Melalui koleksi ini juga, ICE Watch menampilkan beberapa seleksi warna baru, setiap warna mempunyai maksud tersendiri dan lebih kepada membawa tuah dan kekayaan.

 

Gambar: ice-watch.com

 

Warna mampu mempengaruhi minda dan mood kita. Malah, sebagai permulaan tahun 2019, ICE GLAM memilih koordinasi warna baru lebih chic serta punya perincian emas merah. Penggunaan tali jam silikon bersama pilihan rona eksklusif seperti Rasberry, Sky Blue, Nude, Grey menjanjikan sebuah jam tangan berbeza daripada jam harian anda.

 

Sesuai dengan gaya hidup anda yang sofi stikated serta meraikan kekayaan anda. Rekaan terbaru ini  sesuai digayakan bersama persalinan moden nan glamor. Kerana ia bersifat versatil dan sesuai dipakai untuk pelbagai acara seperti pejabat hinggalah ke lantai dansa.

 

ICE GLAM hadir dengan saiz berbeza iaitu 34 mm untuk saiz kecil bersama digit rona emas merah dan saiz sederhana 40 mm dalam digit tone-on-tone dan sudahpun berada di pasaran seluruh gedung ICE Watch.

 

 

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

ICE glam pastel – Wind

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link