Fesyen Selebriti Di Karpet Merah ABPBH-32

 

Bahang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 yang berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam terus dirasai.

 

Anugerah yang bukan bersandar kepada bakat semata-mata itu mempertaruhkan 13 kategori utama, dua kategori baharu dan lima kategpori online yang ditentukan sepenuhnya melalui undian serratus peratus oleh pembaca akhbar Berita Harian serta peminat.

 

Seperti sudah dijangka, Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular tahun ini yang pastinya merupakan kejayaan paling bermakna buat pelakon dan pengacara tersebut.

 

Menerima undian sebanyak 6,320,463 undi, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman tidak langsung menganggap kontroversi sebagai faktor kejayaanya, malah tetap percaya peminat bersikap rasional menilai mutu dan hasil kerjanya dalam membuat undian.

 

View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim. First and foremost, syukur Alhamdulillah, besides undian, I believe this is the rezeki from Allah SWT. Whatever happens in this world, to us, are plans made by Allah. Alhamdulillah for this. Thank you mak abah along and aina, that has always been my number 1 supporter and advisor. Thank you mak abah for letting me enter this industry walaupun ada berat sikit pd awalnya. 😅 Sbb rasa berat ni lah I worked hard to prove to both of you. 😂 Thank you @farhadiana and @angah_09. My backbones. The ones that always be there for me. Thank you sis for all the trouble that I caused you (intentionally or unintentionally) 😅 you and Angah jaga i very very well. I was nervous on stage sampai lupa nk say thanks to these two important people in my career. Thank you medias, nk sebut nama satu satu banyak. But you guys play important roles in my career. Thank you for all the good writes up about me for the past 4 years. Nk ikutkan sini juga nk sebut semua nama producers, directors, casts because they all gave impacts in my career, but you know who you are, dgn semua yg Mira pernah bekerjasama, thank you. Last but not least, @miraclegacy_ dan semua yg mengundi. You guys worked really really hard for this. Terima kasih utk semua tenaga, masa, duit yg korang dh berpulun habis. Crazy. Mira sampai pada satu tahap mcm “ehh jgn lah sampai tak tidur lg ni, pg tidur!” Daily routine has to go on as usual! Biar ada berkat. Takut Allah marah nnt if we focused on the Dunya too much. Whatever you guys do, make it balance. Tiada apa yg kekal dlm dunia ini, akhirat juga yg kekal. And i wanna see you guys, be with you guys as well, bukan shj di dunia, tp akhirat juga. We take care of each other, remind each other okay? I love you all kesayangan. ❤️ Without you guys, viewers Pujaan Hati Kanda tak akn mencecah 30j di YouTube, impak Sweet Dreams tidak akn menjadi fenomena, Sangkar tidak akn mencecah kutipan 12j pada hari ini, fans, PENONTON anda semua lah yg mengangkat kerjaya Mira pada tahap ini (be it official fan club, independent supporters, bukan fan club, even haters pun, netizens, ahahaha thank you sbb memberi impak dlm kerjaya Mira. I guess i should stop

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

 

Mira yang berjaya merangkul empat trofi itu tidak menafikan yang kualiti lakonannya haruslah seiring dengan populariti yang disandangnya selepas ini.

 

Tidak ketinggalan, nama-nama besar seperti Khai Bahar dan Siti Nordiana juga antara yang berjaya mengungguli kemenangan untuk kategori utama iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

 

Lebih menarik, acara berprestij yang mengetengahkan tema “Melangkaui Sempadan” kali ini, turut menyaksikan himpunan gaya fesyen selebriti di karpet merah memperagakan busana masing-masing dengan penuh citarasa.

 

Oleh itu, EH! kongsikan beberapa gaya fesyen selebriti tanah air yang berjaya memukau mata pencinta fesyen selari dengan tema yang diketengahkan untuk edisi kali ini.

 

1 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Haneesya Hanee

 

 

Gambar: instagram.com/haneesyahanee

Artikel Berkaitan

Copy link