Jam Tangan Pintar Sukan Yang Memudah Dan Memantau Senaman Anda

Paling ringan dan yang penting sesuai dan selesa untuk dibawa bersukan.

 

 

Fossil, jenama barangan aksesori terkemuka dunia kini tampil dengan jam tangan pintar baharu, Fossil Sport Smartwatch. Ia sebenarnya adalah berdasarkan pelancaran platform Qualcomm® Snapdragon Wear™ 3100 dan Wear OS dari Google yang diperbaharui baru-baru ini. Jam tangan pintar ini dicipta dengan teknologi termasuklah tempoh hidup bateri yang lebih lama dengan saving mode, mod persekitaran yang dipertingkatkan, kadar bacaan jantung bersepadu dan kebolehan GPS.

 

Malah, ia juga direka cukup sleek, sangat ringan, hadir dalam strap silikon dengan pelbagai rona serta teknologi terkini. Boleh kata Fossil Sport dihasilkan demi untuk menjadi penyeimbang gaya hidup anda untuk semua jenis kesihatan dan aktiviti.

 

 

Tambahan pula, jam tangan pintar ini bakal menjadi sebahagian kempen baharu yang diketuai oleh barisan model, marathoner dan usahawa Candice Huffine. Fossil memilih Huffine sebagai wajah kempen ini kerana wanita ini sememangnya memberi inspirasi kepada peminatnya dengan cara menyebarkan mesej-mesej positif serta memperkasa. Candice merupakan pilihan terbaik sebagai seorang duta untuk jam tangan pintar ini kerana dia menggabungkan dua semangatnya iaitu fesyen dan sukan. Malah dia juga sedikit sebanyak mengingatkan pengguna bahawa setiap jenis tubuh adalah badan yang baik dan semua orang mampu melakukan apa sahaja.

 

Jam tangan pintar Fossil Sport hadir dalam enam rona, dua saiz rangka jam iaitu 41 dan 43 mm,  dan 28 rona strap silikon baharu yang boleh di suai padankan mengikut stail anda.

 

Snapdragon Wear 3100 Platform

Dengan pembaharuan Snapdragon Wear 3100 Platform, Fossil Sport membantu pengguna mencapai lebih dari upaya tahan bateri untuk sehari menerusi penggunaan jam tangan pintar itu dan ia menawarkan saving mode untuk bateri yang mana menambah dua hari lagi jangka masanya memaklumkan tentang masa. Ini bermaksud tidak kira jika anda terlupa untuk mengecas atau membiarkan ia tidak dicas pada hujung minggu, battery saver jam tangan ini direka mampu memanjangkan lagi penggunaan jam itu sehingga waktu anda mengecasnya semula.

 

Wear OS by Google Redesign

Menyempurnakan lagi pengalaman anda menggunakan Fossil Sport pabila adanya Wear OS by Google Redesign. Dengan sekali swipe, pengguna boleh akses terus ke informasi mereka dengan secepatnya, menerima bantuan pro-aktif dari Google Assistant dan mendapat panduan kesihatan yang baik menerusi Google Fit.

 

 

Koleksi rangkaian penuh Fossil Sport bakal berada di pasaran dan secara atas talian bermula Mei 2019 dan anda juga bakal menerima hadiah eksklusif secara percuma untuk setiap pembelian jam tangan pintar bernilai RM1,119 ini. Anda juga boleh dapatkannya menerusi Lazada.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link