KEMBARA #OOTD

Gambar: whowhatwear.com

 

Teks: Muzammin Muzlan

 

Definisi kembara itu kini tidak lagi bermaksud bercuti ke destinasi idaman, hari ini dengan bantuan media sosial ia telah bertukar menjadi pentas untuk menayang persalinan baharu yang #instaworthy. Ketika memenuhi jemputan media ke satu acara di Pavilion KL, saya telah terserempak dengan seorang rakan yang telah membuat kenyataan yang cukup membingungkan.

 

Menurutnya, dia telah unfollowed seseorang kerana akaun Instagramnya hanya dipenuhi dengan gambar lokasi eksotik yang dilawatinya sahaja. Tiada selfie, tiada juga gambar OOTD.

 

Kenyataanitu membuat saya terfikir, apakah definisi kembara hari ini telah berubah?Revolusi teknologi dan media sosial telah merubah segalanya. Hari ini, definisi kembara itu tidak lagi seperti dahulu.

 

Ramai yang hanya akan melawat destinasi yang #instaworthy seperti kafe-kafe yang pernah dikunjungi oleh bintang media sosial popular. Malahan kembara itu sendiri seolah-olah telah bertukar menjadi pentas peragaan untuk menayangkan persalinan dan aksesori baharu mereka.

 

Gambar: harpersbazaar.com

 

Ada yang sanggup menyarungkan beberapa persalinan berbeza dalam sehari dan ada juga yang akan kembali ke lokasi yang sama dengan persalinan yang lebih sesuai, semata-mata untuk mendapatkan gambar OOTD terbaik lantas ‘like’ yang banyak.

 

Secara positifnya, teknologi dan media sosial itu secara langsung telah banyak membantu kita kala merancang percutian idaman kita. Dari menempah tiket penerbangan ke lokasi penginapan yang variasi, kini semuanya berada dihujung jari. Percutian itu juga sepatutnya menjadi fun dan mudah.

 

Tetapi saying sekali media sosial telah menjadikannya lebih rumit. Saya pasti ramai yang naik menyampah melihat akaun Instagram yang berkongsi segalanya tanpa henti. Setiap saat perlu dimasukkan ke Instastory sehingga kita berasa seperti sedang bercuti bersama. Belum lagi yang membuat live update.

 

Hanya dengan melayari akaun mereka, kita tidak perlu lagi untuk melancong ke destinasi tersebut. Percutian itu perlu lebih eksklusif. Tidak salah untuk berkongsi pengalaman kembara mahupun #ootd anda dia laman sosial, tapi ia perlukan had yang sewajarnya.

 

Lebih-lebih lagi bila memikirkan aspek keselamatan. Dan jangan pula nanti pengalaman kembara yang menyeronokkan itu bertukar menjadi pengalaman yang cukup membebankan, atau seperti trend fesyen, ia akan tidak akan kekal dan akan mudah dilupakan nanti.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link