Menghangatkan, Selesa dan Ringan. Koleksi Percutian Terbaru Uniqlo Buat Kami jatuh Cinta!

Jika anda dalam perancangan bercuti ke tempat sejuk hujung tahun ini atau awal tahun hadapan, siap sedia dengan helaian yang akan membantu menghangatkan tubuh. Uniqlo antara gedung fesyen yang patut ada dalam senarai. Satu yang saya suka tentang Uniqlo ialah kepintaran mereka mencipta helaian yang bukan sahaja urban dan moden dalam gaya minimalis, tapi teknologi yang diguna pakai pada material juga pembuatannya membuatkan ia cukup istimewa. Uniqlo cukup cerdik dalam mencipta ceraian yang praktikal.

Terbaru, Uniqlo melancarkan Advanced Hybrid Down Outerwear. Koleksi dibawah himpunan LifeWear ini menggabungkan teknologi baru yang dikembangkan untuk memanaskan tubuh penggayanya selain menicpta helaian yang berinovasi demi memberikan keselesaan kepada pemakai pada musim dingin.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

PREPPY!

Aedy melengkapkan padanan Comfort Jacket (Pattern) dengan Hybrid Down Parka untuk gaya percutian kemasnya tampil lebih selesa. Selain dilengkapi dengan ‘Premium down’, jaket parka ini juga punya penyerap lembapan yang menjadikan fungsi dan gaya jaket ini seiring.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link