Hari Natal Dan Tahun Baru Lebih Bermakna Dengan Hadiah Istimewa Dari Fossil

Model mengayakan tas tangan Wiley Top-Handle bersama jam tangan pintar Fossil Generasi ke-5 Julianna HR Blush Leather

Hari Natal dan tahun baru bakal kunjung tiba dan Fossil tidak terlepas untuk membariskan koleksi baharunya yang bukan sahaja tampil dalam pelbagai pilihan rekaan untuk digayakan, malah tampak mesra digunakan buat kesemua generasi. Dari palet terang dan playful hingga warna dan perincian yang lebih khusus lantas menyerlahkan gaya anggun. Hadiah dari Fossil semestinya jadi item paling tepat!

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

STAY ALERT

Analog dan digital, Fossil mahu anda alami pemakaian jam tangan pintar yang unik dengan mengekalkan rekaan jam tangan yang klasik. Sama seperti jam tangan pintar lain, Hybrid HR Smartwatch ini juga memamparkan notifikasi dari telefon bimbit dan begitu juga kadar degupan jantung, cuaca, jumlah langkah harian dan juga kalendar. Apa yang menjadikan jam tangan ini menarik adalah ia boleh digunakan selama lebih dua minggu dengan hanya sekali caj, semestinya jadi item menarik untuk dijadikan hadiah sempena musim perayaan nanti!

Share via
Copy link