Tip Glam-Up Padanan Hitam Putih

Oleh: Farhana Fuad

 

Temperley LondonLondon Fashion Week Spring Summer 2015 September 2014

Gambar: TPGImages

 

Trend klasik kombinasi dua rona iaitu hitam dan putih sebenarnya dapat meningkatkan gaya dan stail kala musim ini. Ramai pereka fesyen mencipta kelainan dari segi reka bentuk dan tekstur yang digunakan untuk memberikan monokrom tampak lebih segar dan moden mengikut citarasa fesyen terkini.

 

Dari segi corak, perincian adi busana, geometrik dan rekaan kesemuanya memainkan peranan dalam memberikan fesyen monokrom lebih stail dan futuristik. Jika anda bosan dengan corak motif floral dan rona-rona yang berwarna-warni melalui trend color-block, mungkin bertukar angin dengan padanan stail hitam putih mampu mengembalikan aura keremajaan dalam mood berfesyen. Elemen houndstooth dan juga plaid hitam putih juga antara gaya klasik yang boleh anda pilih.

 

Tip fesyen ini berikan anda lebih inspirasi untuk berfesyen dalam rona hitam dan putih agar tampak lebih elegan dan moden.

 

Padanan aksesori

Aksesori memainkan peranan penting dalam menaikkan impak rona yang sering dikatakan dull dan boring ini. Hakikatnya monokrom mampu serlahkan penampilan dan gaya seseorang jika dipadankan dengan aksesori minimal, keemasan dan berkilat. Gaya monokrom akan lebih hidup dengan aksesori seperti anting-anting, rantai leher, jam tangan atau gelang tangan. Elakkan dari menggunakan aksesori yang terlalu banyak kerana ia akan tampak berat dan sarat.

 

Pilihan kasut

Padanan kasut berona metalik sebenarnya boleh melahirkan aura kemodenan dalam gaya hitam putih. Cuba suai padan kemeja-T putih dengan seluar belang hitam putih bersama kasut Oxford kilat silver metalik, pasti buatkan penampilan anda unik dan futuristik! Tambah jaket kulit hitam untuk lebih funky.

 

Mainan corak dan tekstur

Corak serta tekstur pada gaya hitam dan putih membawakan peredaran fesyen ke aras lebih moden dan unik. Cuba sarungkan skirt bubble, beropol, material kulit, renda, bermanik atau mungkin sulaman yang sesuai dan kemas perinciannya.

 

Video: POPSUGAR Fashion

 

Share via
Copy link