Yang perlu kamu elak pada satu hari raya

Hari raya pertama dianggap penting bagi kebanyakan orang. Ketika itulah sanak saudara yang jauh dan dekat berkumpul. Budaya kunjung mengunjung dan rumah terbuka juga tidak dilupakan. Pemilihan pakaian yang bersesuaian amatlah penting.

OH! COLOR BLOCKING DI HARI RAYA!>>

Sembahyang raya:

Gambar: ladangsubur.wordpress.com

Kalau sudah tahu hendak ke masjid, ‘undang-undang’nya jangan dipandang ringan. Usah terlintas untuk berpakaian jarang mahupun singkat, apatah lagi ketat. Pakai helaian yang longgar dan selesa. Selepas sembahyang raya, selalunya menziarah tanah perkuburan bagi memperingati pada yang telah tiada. Psst! Kamu masih lagi kelihatan menarik jika pandai memilih helaian.

PESTA PASTEL DI KALA SYAWAL >>

Rumah terbuka:

Di sebelah tengah hari pula pasti kamu tidak mahu lepaskan peluang untuk ke rumah terbuka. Jangan pakai pakaian yang ketat sangat sebab kamu pasti hendak menjamah hidangan tuan rumah. Pakailah yang longgar sedikit supaya bila ‘terlebih muatan’ tidaklah ketara sangat!

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link