10 Bandar Yang Berkemungkinan Boleh Ditenggelami Air Tidak Lama Lagi

Beberapa bandar utama di dunia semakin dan ada kemungkinan akan tenggelam dek kerana akibat perubahan iklim dan peningkatan paras air laut.

 

Gambar :Shutterstock

 

Suhu global dan paras laut semakin meningkat. Kota yang berada di pinggir pantai rendah kian mengalami bencana banjir dan usaha-usaha mencari solusi mengelakkan air pasang di persisiran pantai memasuki kota giat dilakukan.

 

Sesetengah bandar kian ditenggelami air dek kerana peningkatan paras air laut secara perlahan-lahan di pinggir pantai, sementara kota lain banjir disebabkan mengepam air bawah tanah secara berlebihan yang menjadikan perubahan pada tekanan dan isipadu yang menyebabkan tanah mula tenggelam.

 

Di sini EH! himpunkan 10 bandar yang kian tenggelam dan berisiko untuk lenyap pada satu hari nanti.

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jakarta, Indonesia

 

 

Jakarta ditenggelami air sehingga 6.7 inci setiap tahun dek kerana proses mengepam air bawah tanah secara berlebihan (yang mana menyebabkan perubahan tekanan dan isipadu air yang menjadikan tanah lembap dan tenggelam). Banyak daerah di kota itu berkemungkinan boleh tenggelam sepenuhnya pada tahun 2050. Kerajaan Indonesia baru-baru ini bersetuju untuk satu rancangan memindahkan ibu kota mereka 100 batu jauh dari lokasi sekarang ini di kepulauan Jawa itu demi untuk melindungi penduduknya yang berjumlah 10 juta orang daripada lebih banyak bencana banjir. Imigrasi tersebut boleh mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun dan akan memakan kos sebanyak USD33bilion.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link