10 Fakta Mengejutkan Tentang Black Hole

Event Horizon Telescope Collaboration atau EHT buat pertama kalinya berjaya merakam gambar sebenar pertama Black Hole yang selepas lebih sedekad berusaha untuk merakamnya.

 

Gambar pertama black hole yang berjaya dirakam EHT

 

Pada April 2017, para saintis telah menggunakan sebuah rangkaian teleskop global untuk melihat dan merakam gambar pertama sebuah lubang hitam (black hole) menurut satu pengumuman dari barisan pengkaji di National Science Foundation pada Rabu lalu. Mereka berjaya merakam sekeping gambar supermassive black hole dan ia mempunyai bayang gelap di tengah galaksi yang dipanggil M87.

 

Dengan kejayaan ini, ia merupakan bukti visual pertama akan kewujudan black holes, kata saintis. Di dalam gambar tersebut, ia memaparkan sebuah kawasan gelap yang dikelilingi cahaya yang dilihat cukup terang pada sesebuah sisi.

 

Galaksi besar ini dipanggil Messier 87 atau M87 yang mana terletak berhampiran dengan cluster galaksi  Virgo, 55 juta tahun cahaya dari bumi. Lubang hitam supermasif itu mempunyai jisim 6.5 bilion kali dari matahari kita.

 

"Kita telah berjaya melihat sesuatu yang kita sangkakan tidak akan dapat dilihat. Kita berjaya melihatnya serta merakam sekeping gambar black hole," kata Sheperd Doeleman, pengarah Event Horizon Telescope Collaboration (EHT).

 

Seramai lebih 200 pengkaji yang turut serta di dalam projek EHT ini. Mereka telah bekerja lebih dari sedekad untuk merakamnnya. Projek itu dinamakan untuk cakrawala horizon, batas yang sekitar lubang hitam yang melambangkan tiada cahaya atau radiasi sekalipun yang boleh melarikan diri darinya.

 

Katie Bouman, seorang saintis perkomputeran, berusia 29 tahun menerima pujian dari seluruh dunia kerana berjaya membantu menghasilkan algorithm yang mana mencipta gambar pertama black hole.

 

Dalam usaha untuk merakam sekeping gambar black hole itu, saintis menggabungkan kekuatan lapan radio teleskop di seluruh dunia menggunakan Very-Long-Baseline-Interferometry. Ini secara efektif mewujudkan teleskop maya yang mana sekitar saiz yang sama dengan Bumi.

 

Teleskop yang terlibat dalam menghasilkan global array ini termasuklah ALMA, APEX, IRAM 30 meter teleskop, teleskop James Clerk Maxwell, teleskop Millimeter besar Alfonso Serrano, Submillimeter Array, teleskop Submillimeter dan teleskop South Pole.

 

"Pemerhatian adalah gerakan yang diselaraskan di mana kami secara serentak mengarahkan teleskop kami dalam urutan yang dirancang dengan teliti," kata Daniel Marrone, profesor astronomi bersekutu di University of Arizona.

 

"Dalam memastikan pemerhatian itu benar-benar serentak, supaya kita dapat melihat gelombang cahaya yang sama kerana ia mendarat di setiap teleskop, kita menggunakan jam atom yang sangat tepat pada setiap teleskop."

 

Pelbagai piring teleskop mengumpul 5,000 trillion bytes of data selama dua minggu, yang mana ia diproses menerusi komputer berteknologi sangat tinggi, jadi saintis mampu menerima gambar tersebut.

 

Namun, sejauh mana kita mengetahui tentang kewujudan black hole ini? EH! kongsikan 10 fakta tentang black hole yang anda patut tahu di bawah.

5 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fakta 5 : Perkara pelik berkenaan dengan masa yang berlaku di sekitar lubang hitam.

 

 

Perkara ini diilustrasi oleh seseorang (dipanggil Unlucky) yang jatuh ke dalam sebuah black hole sementara seorang lagi (dipanggil Lucky) yang memerhati. Berdasarkan perspektif Lucky, putaran masa Unlucky dilihat berdetik semakin perlahan dan perlahan. Ini sesuai dengan teori relativiti umum Einstein, yang (hanya meletakkan) mengatakan bahawa masa itu dipengaruhi oleh seberapa cepat anda pergi, ketika anda berada pada kecepatan ekstrim yang dekat dengan cahaya. Black hole mengecas masa dan ruang sehingga masa untuk Unlucky dilihat berjalan semakin perlahan. Walaubagaimanapun, dari perspektif Unlucky pula, jam mereka dilihat berdetik normal sementara Lucky dilihat bergerak pantas.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link