12 Fakta Yang di-Pertuan Agong Ke-16

13 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

12. Baginda dikurniakan lapan orang putera dan puteri serta seorang putera angkat. Sultan Abdullah mengambil Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah (merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Zarina binti Abdullah) sebagai putera angkat sebelum baginda dikurniakan anakanda kandung. Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang dikurniakan lima orang putera dan puteri iaitu Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah Al-Haj, SSAP, Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Sultan Abdullah Al-Haj, Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Sultan Abdullah Al-Haj, Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Sultan Abdullah Al-Haj dan Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Sultan Abdullah Al-Haj. Menerusi perkahwinan bersama Cik Puan Julia Rais, baginda dikurniakan tiga orang puteri iaitu Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan binti Sultan Abdullah Al-Haj, Yang Mulia Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Sultan Abdullah Al-Haj dan Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana binti Sultan Abdullah Al-Haj. 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link