3 Teknologi Top-notch Galaxy s9

Teks : Razin Mohd

 

Dalam pelbagai jenis telefon pintar yang terdapat di pasaran hari ini, Samsung Galaxy S9 tetap jadi pilihan dengan fungsi yang mesra guna, rekaan sleek dan teknologi serba baru.

 

Gambar : Samsung

 

Seperti yang kita ketahui jenama Samsung sudah jadi perintis buat jenama telefon pintar android yang lain. Setiap keluaran baharu pasti tampil dengan teknologi yang canggih, mesra guna dan fleksibel. Hal ini menjadikan ia satu jenama telefon yang digemari ramai sehingga hari ini!

 

Samsung telah mengejutkan penggemar peranti telefon pintar dengan Galaxy S9 dan S9+, peranti yang dinaik taraf ini memberi kemudahan yang diperlukan oleh pengguna dengan meneliti trend baharu media sosial dan teknologi yang menjadi taruhan utama buat pengguna. Masih relevan dan menjadi telefon pintar pilihan ramai, EH! senaraikan tiga kehebatan telefon super sleek ini yang anda perlu tahu sebelum membelinya!

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. FUNGSI & SPESIFIKASI

 

Model telefon pintar Galaxy S9 kini telah dinaik taraf dengan processor yang berkuasa tinggi dengan Snapdragon 845 dan 4GB RAM, pemprosesan baru ini memberi pengalaman penggunaan yang lebih lancar tanpa sebarang sekatan terutamanya buat anda yang gemar menggunakan aplikasi permainan. Begitu juga dengan sistem Bluetooth 5.0, pembesar suara stereo, USB-C dan bateri berkapasiti 3,000mAh/3,500mAh.

 

Samsung Galaxy S9 hadir dengan skrin paparan Infinity Display AMOLED berukuran 5.8-inci dengan resolusi 2690 x 1440 manakala versi Plus akan hadir dengan panel skrin bersaiz 6.2-inci, ini memberi kelebihan buat anda yang gemar menonton filem di aplikasi Netflix, YouTube dan juga rakaman video peribadi! Memberi lebih keunikan pada Galaxy S9 ia juga turut dilengkapi dengan ciri emoji AR yang baru buat komunikasi yang lebih menjugakan!

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link