5 Helah Untuk Buat Diri Disukai Pada Pandangan Pertama

Pandangan pertama yang dibuat seseorang mengenai diri anda selalunya berkekalan sampai bila-bila. Oleh itu, penting sekali untuk anda berikan pandangan positif pada orang lain terutama sekali jika anda dan dia berjumpa buat pertama kali.

Gambar: Depositphotos

EH! kongsikan lima helah yang boleh anda cuba untuk buat orang senang atau suka dengan anda pada pertemuan pertama.

Jangan Terlalu Cepat Untuk Senyum

Senyum itu sangat penting untuk proses komunikasi yang baik. Bgaimanapun, jangan mudah untuk memberikan senyuman anda kepada orang lain. Untuk meninggalkan kesan yang baik, pertama sekali lihat wajah orang di hadapan anda, tunggu beberapa saat dan kemudia senyum. Cara ini akan buat senyuman anda kelihatan lebih ikhlas.

Jangan Renung Matanya Terlalu Lama

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh universiti luar negara, apabila anda melihat ke mata seseorang dalam waktu yang lama, ia boleh buatkan dia rasa tidak selesa. Jadi, ia adalah lebih baik untuk melihat mata mereka 60 peratus daripada masa anda bersama mereka.

Berhati-Hati Dengan Postur Anda

Cuba lihat pemimpin politik, anda tidak akan pernah melihat mereka dengan bahu atau mata mereka melihat ke bawah. Mereka sentiasa berdiri dengan postur sempurna dan senyuman yang menyakinkan. Oleh itu, pemimpin politik selalunya dapat membuat orang lain menyukai mereka. Jika anda inginkan pandangan pertama yang baik, jadikan pemimpin politik sebagai panduan.

Tunjukkan Minat

Untuk berikan pandangan pertama yang baik, anda perlu menunjukkan minat kepadanya atau jika tidak, anda akan dilabel sebagai seorang yang sombong. Cara terbaik untuk melakukan inia adalah dengan menggunakan isyarat seperti tesenyum, memalingkan seluruh tubuh anda ke arah mereka dan banyak lagi. Ambil perhatian dan pastikan tiada halangan di antara anda dan mereka.

Jangan Tunjukkan Yang Anda Sedang Cemas

Kebanyakan orang percaya bahawa gerak isyarat tangan yang berlebihan menunjukkan bahawa seseorang itu sedang menyembunyikan sesuatu. Jadi, untuk elakkan prasangka buruk, pastikan anda tidak terlalu menyentuh leher, muka, telinga dan rambut anda.

Share via
Copy link