Berdepan Dengan Si Pencuri Parkir

Diwaktu puncak memang sukar untuk mencari parkir kereta terutama sekali di pusat beli belah yang sering dikunjungi orang. Apabila ada kereta yang ingin keluar, kamu sanggup tunggu demi mendapatkan parkir tersebut. Tetapi, tiba-tiba kereta yang entah dari mana datangnya meluru masuk ke ruang tempat letak kereta yang kamu tunggu itu. Haih memang sakit hati bila berdepan dengan situasi ini. Kejadian ini baru sahaja saya hujung minggu lalu.
 

si-pencuri-pakir

Gambar: blog.allstate.com 

 
Apa yang saya perhatikan, mangsa cuba berbincang dengan pemandu tersebut namun respon yang diterima kelihatan negatif. Kebetulan beberapa orang pengawal keselamatan ada ditempat kejadian dan cuba menenangkan mangsa. Mangsa tadi diberi parkir khas berhadapan dengan pintu masuk sebagai untuk meredakan keadaan yang tegang.  Jika kamu berdepan situasi begini, apa yang perlu kamu lakukan?
 

  • Tegur pemandu tersebut dengan cara baik. Katakan padanya yang kamu telah lama menunggu.
  • Jika pemandu tersebut bersikap kasar dengan memberi jawapan negatif, jangan melawan seeloknya biarkan sahaja pemandu yang bersikap degil itu. Kerana seperti kes di atas, mangsa telah mendapat parkir yang lebih baik dari sebelumnya. Jika kamu bernasib baik, kamu akan diberi layanan yang sama.

 
P/S: Kepada kamu yang pernah melakukan perkara ini, hentikan dengan segera! Kerana ia boleh mengundang kepada perkara yang tidak diingini. Marilah kita menjadi pemandu yang berhemah dan berbudi bahasa.
 

Share via
Copy link