DIY Masker Madu Buat Wajah

pouring honeyGambar: INGimage

 
Wajah bercahaya seri bukan sahaja boleh dicapai dengan penggunaan produk kecantikan, tetapi juga melalui bahan dapur yang terdapat di rumah kita. Ianya bukan sahaja menjimatkan tetapi dijamin keberkesanannya. EH! kongsikan bahan-bahan serta teknik membuat mask yang dapat membantu menaikkan seri wajah anda.
 
Bahan-bahan diperlukan:
1. Extra Virgin Olive Oil
2. Madu
3. Serbuk Penaik
 
Antara kebaikan madu adalah ianya mengandungi bahan pelembab yang boleh menjadikan kulit lembut dan licin, membantu mengetatkan liang roma, melambatkan proses penuaan, melawan jerawat serta menahan sinaran cahaya matahari. Manakala khasiat minyak zaitun pula adalah menjadikan kulit lebih anjal serta membantu pemulihan kulit dengan menyerap sehingga ke dalam. Ianya juga bertindak sebagai bahan pelembab yang bagus untuk kulit kering. Serbuk penaik digunakan selebriti seperti Emma Stone untuk membantu pengelupasan kulit. Ianya juga berfungsi menghapuskan sel kulit mati serta kemerahan akibat jerawat.
 
Cara-cara membuat mask:
1. Masukkan satu sudu extra virgin olive oil ke dalam mangkuk.
2. Campurkan satu sudu setengah madu.
3. Campurkan satu sudu serbuk penaik.
4. Gaulkan bahan-bahan tersebut.
 
Jika ingin mask menjadi lebih pekat, tambahkan lagi serbuk penaik. Sapukan di wajah anda dan basuh selepas 20 hingga 30 minit. Anda akan dapat lihat perbezaan di wajah yang tampak lebih berseri.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link