#EHSCAPE ‘Staycation’ Ideal di Pusat Bandar

Tiba hujung minggu yang panjang atau cuti sekolah pasti meliar tangan menaip lokasi hotel yang available untuk berpergian. Dan pilihan orang ramai sekarang cukup sekadar di Kuala Lumpur.  Mana tidaknya, dari berhabis masa bersesak di atas jalan ke luar Bandar baiklah masa digunakan sebaiknya untuk explore ibu kota kita. Somerset Kuala Lumpur yang terletak di lokasi strategik ini bukan saja berdekatan dengan tempat tarikan seperti KLCC atau Bukit Bintang, namun cukup berhampiran dengan stesen LRT. Hanya mengambil masa lima minit berjalan kaki ke stesen Ampang Park.

Kolam renang yang disediakan cukup luas

Somerset Kuala Lumpur merupakan penginapan premier dibawah koleksi The Ascott Limited  dalam 160 kota di Amerika, Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Menawarkan 205 unit penginapan yang terdiri dari studio, apartment satu hingga tiga bilik lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Dengan perkhidmatan penuh yang ditawarkan menjadikan penginapan ini cukup ideal dan selesa buat pelancong berkeluarga atau pun yang menginap atas urusan perniagaan. Hadir dengan rekaan dalaman yang cukup moden minimalis namun tetap stylish!

Salah satu bilik yang ditawarkan adalah Studio yang memang luas dan selesa

Jika anda inginkan penginapan yang bergaya namun kekal selesa seperti di rumah sendiri anda boleh membuat tempahan terus di Somerset Kuala Lumpur. Ke Pavilion hanya mengambil masa enam minit pemanduan atau lebih mudah boleh Grab sahaja! Ke KLCC pula hanya lima minit berjalan kaki! Tetapi jika pilihan anda hanya untuk beristirehat dan menikmati kemudahan dan servis yang disediakan, terpulanglah. Gym yang disediakan juga tidak kurang hebatnya.

Gym dengan pemandangan kota Kuala Lumpur

Promosi staycation untuk hujung minggu buat ahli Ascott Star Rewards bermula dengan harga RM228+ satu malam termasuk sarapan. Untuk tempahan sila layari www.somerset.com atau hubungi +60327186788.

 

Share via
Copy link