Enam Tip Ini Berguna Buat Pasangan Yang Sukakan Kembara

Ramai pasangan memilih untuk mengembara ke tempat yang penuh cabaran. Sama ada lokasinya terletak di luar atau dalam negara, ideanya tetap satu iaitu untuk mencambahkan bunga cinta di dalam hati masing-masing dan pada masa yang sama menguji akan keutuhan sayang dan kasih.

 

Gambar : Shutterstock

 

EH! punya idea buat anda tentang ceritera serta panduan kepada pasangan yang ingin mengembara berdua.

1 of 6

1. DOKUMEN

 

 

 

Buat lelaki serahkan saja hal-hal berkaitan dokumen penting kepada pasangan anda. Sebagai wanita pula ini tugas anda untuk menyimpan dan membuat salinan kesemua dokumen penting semasa mengembara nanti. Jika destinasi yang dituju ialah ke luar negara, pastikan dokumen penting seperti pengenalan diri, pasport, visa dan lain-lain dibuat salinan agar jika berlaku kehilangan anda masih punya salinan sebagai bukti.

Copy link