Kaedah Semula Jadi Untuk Melegakan Gatal Gigitan Nyamuk

Perkara paling menjengkelkan ialah apabila menjadi mangsa gigitan nyamuk. EH! kongsikan kaedah semula jadi untuk legakan kesan gatal.

 

Gambar : Shutterstock

 

Perkara yang agak menjengkelkan adalah pabila tubuh kita menjadi mangsa gigitan nyamuk tanpa henti. Gigitannya yang meninggalkan kesan bintat serta gatal sekaligus menjadi punca kulit calar dek kerana tidak henti menggaru.

 

Usah biarkan ia berlanjutan kerana lambat laun menyebabkan seluruh tubuh mempunyai kesan calar. Jadi, EH! singkap kaedah semula jadi untuk melegakan gatal gigitan nyamuk yang boleh anda cuba di rumah.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bawang Putih

Bawang putih adalah remedi semula jadi untuk mengatasi masalah gigitan nyamuk. Tidak hanya mampu menghilangkan kesan bintat dan gatal, malah ia juga baik untuk menghalang masalah tersebut lebih awal. Nyamuk dan serangga lainnya tidak tahan dengan bau bawang putih itu sendiri. Jika anda digigit serangga atau nyamuk, sapukan bawang putih yang telah dicincang ke atas kesan gatal tersebut. Biarkan ia selama beberapa minit dan kemudiannya cuci.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link