Kehebatan Buah Kelapa Untuk Kulit Yang Tidak Ramai Tahu

Teks : Azliany Mohamad

 

Bukan hanya sedap diminum, nutrisi yang terdapat dalam buah ini dapat memberikan kulit wajah yang mulus dan menawan!

 

Gambar : Shutterstock

 

Air kelapa bukan hanya segar diminum ketika cuaca panas, manfaat yang dimiliki air kelapa  juga sangat bagus untuk kecantikan kulit. Air kelapa merupakan sumber mineral  semula jadi yang memiliki khasiat yang baik untuk rawatan tubuh badan. Nutrisi yang terdapat dalam air kelapa seperti vitamin dan elektrolit atau elektrik dalam badan seperti natrium dan kalium dapat merawat kulit wajah.

 

Selain dari air kelapa, minyak kelapa dan ampas kelapa iaitu isi kelapa yang diparut dan telah diperah santannya) juga memiliki nutrisi yang tidak ramai tahu kebaikannya pada wajah.

 

EH! kongsikan tiga bahagian penting kelapa yang perlu kamu tahu manfaatnya dalam  merawat kulit wajah!

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Air Kelapa

Air kelapa bukan sahaja baik untuk tubuh badan tetapi ia juga mempunyai banyak nutrisi untuk kecantikan kulit wajah seperti mineral dan vitamin C, B kompleks. Protein, karbohidrat dan rendah lemak.

 

1. Merawat Jerawat

Sapukan air kelapa pada wajah pada waktu malam. Selitkan langkah ini dalam rutin penjagaan malam anda. Air kelapa merupakan salah satu cara untuk merawat jerawat dengan cepat.

 

Caranya – Sediakan satu gelas air kelapa kemudian campurkan dengan tiga sudu serbuk kunyit. Simpan dan biarkan selama semalaman dalam peti sejuk. Tapis air campuran dan sapukan pada keseluruhan wajah.  Biarkan 20 minit kemudian bilas dengan air.

 

2. Anti –Penuaan

Kandungan asid lemak, sitokin atau asid laurik merupakan elemen penting dalam proses pertumbuhan sel kulit baru. Elemen ini berfungsi untuk menghalang terjadinya proses penuaan pada kulit. Selain itu antithrombotic dan anticarciogenic dapat menjaga dan menyeimbangkan kadar PH pada kulit.

 

3. Membersihkan Pori-Pori Kulit

Air kelapa mempunyai pelembap semula jadi dan zat untuk memutihkan kulit. Selain itu air kelapa juga dapat membersihkan pori-pori kulit akibat terkena debu udara yang kotor.

 

Caranya – Celupkan atau basahkan kapas wajah ke dalam air kelapa, kemudian sapukan pada wajah. Gunakannya untuk membersih wajah setiap hari.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link