Kelebihan Buat Mereka Yang Suka Berjaga Malam

 

Teks: Anis Hanini

 

Sejak dari kecil lagi, kita diajar untuk tidur awal agar dapat rehat secukupnya sebelum memulakan hari kita. Namun ada sesetengah individu pula sudah terbiasa berjaga malam. Jangan salah sangka, mereka yang jenis night owl ini sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri.


ANDA LEBIH KREATIF

Pada tahun 2006, sekumpulan penyelidik di Itali mengelaskan 120 individu sama ada mereka jenis bangun awal, tidur lambat atau di antara kedua-dua karakter tersebut dalam satu ujian. Hasil ujian tersebut mendapati bahawa mereka yang tidur lambatdapat menyelesaikan masalah dengan lebih pantas dan tanpa sebarang masalah berbanding mereka yang bangun awal.

 

ANDA LEBIH PANDAI

Satu kajian oleh Satoshi Kanazawa, seorang ahli sains di London School of Economics and Political Science mendapati bahawa aktiviti nokturnal jarang berlaku dalam keturunan keluarga. Dia juga membandingkan IQ kanak-kanak yang tidur pada waktu berbeza pada hari minggu dan hari bekerja, dan mendapati kanak-kanak pintar akan membesar menjadi orang dewasa nokturnal yang tidur lambat dan bangun lambat padahari bekerja. Namun mereka yang dikatakan tidur lambat, bangun awal lebih berjayadalam kerjaya mereka.

 

Gambar: ritualize.com

 

PUNYA MASA LEBIH UNTUK HOBI

Malam adalah waktu untuk berehat, dan seringkali diluangkan pada hobi kegemaran sekiranya anda menghadapi masalah kesukaran tidur sama ada membaca, menulis mahupun bermain gitar. Sebab-sebab ini juga membuatkan individu dapat mengasah kelebihan mereka tanpa gangguan persekitaran mahupun orang lain. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka yang berjaga malam lebih mampu bertahan untuk menyelesaikan tugasan bagi menepati tarikh akhir.

 

ANDA MILIKI STAMINA MENTAL KUAT

Menurut satu kajian oleh University of Alberta, mereka mendapati individu yang nokturnal dan bangun lebih awal mempunyai stamina mental berbeza. Mereka yang berjaga malam menunjukkan kekuatan stamina yang bertambah pada waktu petang menjadikan mereka lebih aktif dengan daya pemikiran tajam manakala mereka yang bangun awal hanya punyai stamina kuat pada awal pagi namun kekuatan mereka mula pudar secara perlahan-lahan selepas waktu tengah hari.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link