Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Novel Coronavirus

Novel Coronavirus (2019-nCoV) adalah keluarga coronavirus yang lazimnya menjangkiti saluran pernafasan. Novel Coronovirus merujuk kepada spesies baru virus dalam famili coronovirus yang belum pernah ditemui oleh manusia. Virus ini boleh merebak sesama haiwan dan manusia.

Gambar: Depositphotos

Jangkitan virus ini adalah sama seperti jangkitan selesema yang lain dan komplikasi lebih teruk pada golongan lemah imuniti badan. Bermula dari Wuhan, China, virus ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV.

Simptom jangkitan virus ini adalah seperti berikut:

  • Tanda penyakit selesema
  • Demam
  • Kesukaran bernafas
  • Batuk

Novel Coronavirus di China ini tidak sama dengan influenza di Malaysia namun cara pencegahannya adalah sama. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat ini ada empat individu yang positif dijangkiti virus ini di Malaysia.

Langkah pencegahan ini dapat melindungi diri anda dan orang lain daripada Novel Coronavirus (2019-nCoV)

  • Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan seperti hand sanitizer.
  • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan.
  • Senmasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang menghidap gejala ini.
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempah sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.
  • Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit. Iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas dalam temph 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

Namun, adalah sebaiknya jika anda menangguhkan perjalanan ke kawasan yang terjejas akibat virus ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link