Ketahui Jenis Asid Bagi Merawat Masalah Kulit Anda

Gambar: steemit.com

 

Setiap asid punyai peranan untuk masalah kulit tertentu. Tapi, asid yang mana? Baru-baru ini saya boleh dikatakan obses dengan kandungan asid di dalam produk penjagaan kulit. Cult Beauty sentiasa saya layari untuk memilih produk-produk asid di dalam rangkaian The Ordinary.

 

Malah teman-teman yang berlibur ke luar negara juga menjadi mangsa, akan saya kirim beberapa produk dari Mecca Maxima khususnya rangkaian The Drunk Elephant.

 

Mengapa? Kulit saya memang memerlukan asid yang tinggi. Dan ia menjadi fokus saya hanya baru-baru ini kerana muncul jerawat dalam masa yang sama garisan yang semakin ketara. Dahulunya saya hanya tackle masalah jerawat dengan penggunaan asid salisilik baik jerawat hasil pori-pori tersumbat atau pun jerawat hormon.

 

Tapi sebenarnya terdapat banyak jenis asid dari kumpulan AHA dan BHA yang boleh merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, tanda penuaan, parut jerawat dan tekstur serta ton kulit yang tidak sekata.

 

Gambar: mirror.co.uk

 

ALPHA HYDROXY ACID (AHA)

Ia bertindak hanya pada permukaan kulit yakni pengelupasan, ia bergabung dengan sel-sel kulit mati agar mudah untuk disingkirkan. Bayangkan kulit anda ini adalah buah strawberi yang menggerutu di luar tetapi licin di dalam. Begitulah perubahan kulit apabila menggunakan AHA. Ia bahan yang mudah diserap air jadi ia tidak boleh menyerap jauh ke dalam kulit seperti minyak. Namun ia cukup berkesan dalam mengurangkan kehadiran garis-garis halus, bekas jerawat dan bitnik hitam. Asid yang terkenal dalam kumpula AHA ini adalah seperti asid glikolik, asid mandelic, asid lactic dan asid whilst.

 

BETA HYDROXY ACID (BHA)

Lebih dikenali dengan asid salisilik. Ia berupaya menyerap jauh ke dalam kulit lantas menyingkirkan sebum berlebihan yang menjadi punca tumbuhnya jerawat dan kulit berminyak. Jadi jika anda mempunyai masalah jerawat baik mulakan pengambilan BHA sekarang! Ia juga berupaya mengecilkan pori-pori agar kurang ketara pada kulit

 

EH! kongsikan beberapa produk yang boleh anda gunakan bagi mengatasi sebarang masalah untuk kulit wajah anda.

 

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

ALLIES OF SKIN Promise Keeper Blemish Facial (Mengandungi asid Mandelic)

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link