Lima Tarikan Samsung Galaxy Note 10 Yang Menjadikan Serba Serbi Lebih Dari Telefon Pintar Lain

Samsung mahu anda menggunakannya sama seperti anda menggunakan komputer peribadi atau alat permainan atau mungkin kamera HD yang sering dibawa bila bercuti. Dengan Samsung Galaxy Note 10 anda kini boleh kendalikan kesemunya dalam satu, kerana peranti ini punya perisian canggih dan terkini. Baru-baru ini EH! mencuba sendiri telefon pintar baharu ini selama dua minggu dan menerokai segala fungsi menarik juga kemudahan yang disediakan. Sudah semestinya jadi telefon pintar paling canggih yang pernah kami cuba, luncur ke bawah untuk ketahui lebih lanjut!

 

Infinity-O Display

Hal pertama yang menarik minat kami sudah semestinya reka bentuk yang futuristik dan serba baharu. Seperti yang kita ketahui Samsung Note dari dahulu lagi sudah terkenal dengan kelebaran skrinnya bersama teknologi paparan Oled, itu sememangnya sudah jadi identiti telefon pintar ini. Tetapi hari ini Note 10 tampil selangkah kehadapan dengan skrin Infinity-O Display yang melekuk dengan lebar 6.3 inch yang selesa di tangan, juga tampil canggih dengan sistem Dynamic Tone Mapping yang mampu menyerlahkan warna sebenar seperti mana mata anda melihat. Seperti barisan rangkaian telefon Galaxy lain, ia diperbuat daripada besi dan kaca, anda bakal rasai penggunaan telefon yang premium dengan rekaan nipis dan sleek, lebih istimewa ia juga tampil dengan tiga pilihan warna yang bersinar antaranya Aura Glow, Aura Black dan Aura White.

 

Super Fast Charging

Selain paparan skrin yang luas Galaxy Note juga turut terkenal dengan perisiannya yang canggih dan perkara kedua yang menggujakan kami semasa menggunakannya adalah Super Fast Charging. Hanya mengambil masa tiga puluh minit, telefon ini sudah bersedia untuk penggunaan satu hari. Tidak cukup dengan itu ia juga hadir dengan bateri 3500mAh bersama teknologi Wireless PowerShare, jadi anda kini tidak perlu membebankan bag tangan anda dengan powerbank lagi.

 

8GB of Ram

Perkara keempat yang menarik perhatian kami adalah perisian memorinya. Galaxy Note 10 hadir dengan memori 512GB dan naik taraf memori hingga 1TB, anda kini boleh menyimpan pelbagai dokumen, gambar, video atau aplikasi tanpa perlu memikir akan ruang memori yang tinggal. Penggunaannya juga pantas dengan RAM sebesar 8GB, jadi tiada lagi isu telefon lembap terutamanya semasa bermain aplikasi permainan kegemaran anda. Samsung benar mahu anda rasai penggunaan telefon pintar yang seamless dan limitless!

 

S Pen Baharu

Now comes the highlight! Tidak lengkap artikel ini jika kami tidak mengulas tentang penggunaakn S Pen. Inilah DNA dan idea utama penghasilkan Galaxy Note ini dihasilkan. Kalau dahulu S Pen hanya digunakan untuk menulis nota di telefon, Hari ini ia dibekalkan dengan beberapa fungsi yang menarik dan boleh kata diluar kotak pemikiran. Rekaan yang diperbaharui ini tampil lebih elegan juga pintar dalam mengikut pergerakan anda; boleh menulis, melukis malah boleh mengawalnya dengan lebih lama. Dengan S Pen baharu anda boleh gunakannya sama seperti alat kawalan jauh (remote control). Hanya perlu tekan butang yang ada pada pen ini untuk kendalikan presentation di dalam mesyuarat, mainkan dan pause lagu atau video juga snap gambar OOTD anda dengannya.

 

Gesture Control

Mahu melebarkan keunikan pen pintar ini, ia juga boleh mengesan pergerakan anda untuk mengawal telefon dari jauh dengan beberapa isyarat ringkas, contohnya pusing pen mengikut arah jam atau arah lawan untuk menukar sudut gambar yang mahu diambil, begitu juga jika anda mahu menukar gambar kepada gambar seterusnya.

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Samsung Note 10 baharu dan terokai lebih tentang fungsi dan teknologinya sila klik link di sini!

Share via
Copy link