Pameran Terbesar Eksklusif Hello Kitty Dan Watak Sanrio Bakal Diadakan Di KL

 

Peminat Hello Kitty dan karakter Sanrio yang lain patut pergi pameran terbesar ini.

 

 

Bertempat di Quill City Mall Kuala Lumpur, Dewan 5, bermula dari 24 November sehingga 6 Januari 2019, pada jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari. Pameran Our Sanrio Times ini bakal membawa anda kembali mengingati nostalgia lalu.

 

 

Acara ini dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO yang mana menerima kebenaran lesen daripada SANRIO. Ia bakal menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio yang mana pengunjung akan dapat melihat 100 gambar daripada 400 watak comel  Sanrio.

 

Yang bakal menjadi tumpuan utama adalah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak keluarga Sanrio akan berada di sini termasuklah kereta api mainan Sanrio yang bernostalgia. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua adalah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio.

 

Bahkan, lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui turut akan dipamerkan di pameran ini. Bukan itu, malah barisan pereka Sanrio Japan akan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif sembilan watak Sanrio terkenal.

7 of 18
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link