Pengikut Instagram Naik Beratus Ribu, Ini Dia Fakta Tentang ‘Egg Boy’ Yang Anda Patut Tahu

Siapa sangka memecahkan telur di kepala individu berpengaruh boleh buatkan kamu terkenal seluruh dunia? Itulah yang terjadi kepada remaja berusia 17 tahun, Will Connolly.

 

 

Minggu lalu, Senator Australia, Fraser Anning yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana kenyataan kontroversinya mengenai kejadian tembakan di New Zealand diwawancara oleh wartawan. Fraser yang ketika itu di Melbourne memberikan kenyataan balas dan Will di belakangnya sedang merakam video.

Fraser yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman sebelum itu telah menyebabkan kemarahan ramai termasuklah Will. Ketika sesi interviu bersama wartawan beberapa hari selepas dia mengujarkan komen negatif itu, Will turut ada di lokasi tersebut serta menghampiri Fraser lalu memecahkan telur di atas kepala senator tersebut. Apa yang mengundang kemarahan lagi pabila melihat pada tindak balas Fraser yang menampar Will serta-merta. Bahkan remaja tersebut telah dikawal dengan cukup ganas selepas insiden itu oleh beberapa orang yang berada  di situ.

 

Tidak sampai beberapa minit, video itu tular di internet dan semua orang yang membenci Fraser menjulang Will kerana tindakan berani matinya itu. EH!senaraikan perkara yang anda perlu tahu tentang Egg Boy, Will Connolly.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Namanya menjadi trending dan antara 10 carian tertinggi minggu lalu selain ‘New Zealand shooting’ dan ‘Fraser Anning’.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link