SAMSUNG GALAXY S10: Better Than Before

Teks : Anis Hanini

 

Kembali sekali lagi di pasaran dengan teknologi kamera lebih canggih, skrin paparan lebih menawan dan sekuriti telefon pintar lebih ketat.

 

 

Siapa sangka kini rangkaian Samsung Galaxy S sudah berada di pasaran lebih 10 tahun? Bagi meraikan sambutan ini, Samsung telah melancarkan telefon pintar baru mereka iaitu Galaxy S10 yang direka khas untuk memenuhi kehendak pasaran yang ingin sesuatu yang pantas, mudah digunakan dan mampu menghasilkan keputusan yang memuaskan hanya di hujung jari.

 

Pastinya ‘worth the price and the wait’, Galaxy S10 membuktikan ia adalah salah satu leading smartphones in the world. EH! senaraikan kehebatan peranti ini yang jauh berbeza dengan saingannya lain di pasaran sekarang.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

2) KAMERA BERGRED TINGGI

 

 

Galaxy S10 memmperkenalkan Ultra Wide Lens 123 darjah yang bertindak seperti mata anda, jadi imej yang ditangkap sama dengan imej yang anda lihat. Kebolehan ini sesuai sekali untuk imej landskap, panorama malah mengambil swafoto beramai-ramai tanpa mengorbankan berkualiti. Malah ia menawarkan rakaman Super Steady dengan Digital Stabilization Teknology yang memastikan video dirakam sentiasa stabil dan dalam kualiti UHD. Buat kali pertama juga, kamera belakang telefon ini mampu merakam dalam HDR10+. Ia juga lengkap dengan AI Camera dengan Neural Processing Unit (NPU) yang mana anda boleh berkongsi imej taraf profesional tanpa perlu menggunakan seting lanjutan secara manual.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link