#PinterestWorthy Akaun Interior Wajib Follow Di Instagram


Kami percaya ramai antara kita di rumah semasa PKP ini asyik sering mengemas, dan menyusun atur aksesori hiasan juga perabut. Mahu mencurah inspirasi, EH! senaraikan beberapa akaun IG yang punya reka dalaman rumah cukup minimalis dan sofistikated seperti gambar-gambar di dalam Pinterest!

Sudah menjadi lumrah ramai orang Malaysia, kebanyakan dari kita gemar menyimpan barangan dan perabut yang besar bersama pilihan warna-warna terang, ada juga berpegang dengan istilah ‘more-is-more’ asal nampak cantik terus dibeli tanpa memikirkan akan konsep tatagaya, ruang dan tema dekorasi yang ingin diketengahkan, akhirnya rumah anda kelihatan seperti gudang SSF. But no worries, we got you covered! Akaun yang kami senaraikan dalam akrtikel ini punya ruang dalaman rumah dan tatagaya dalaman yang eclectic, cozy dan seterusnya memberi hasil ruang yang lebih terang dan luas.

Apa yang istimewa mereka semua datang latar belakang yang berbeza-beza, bukan sahaja arkitek dan pereka dalaman sahaja, tetapi juga pemain golf profesional, chef, penulis dan ramai lagi! Mungkin semasa PKP ini anda akan rasa lebih terinspirasi dan boleh mengolah semula susun atur dan styling hiasan dalam rumah anda, mungkin ada arm chair yang boleh di ubah sudut aturnya,  mungkin juga anda perlu mengubah styling console table anda agar tampil lebih beridentiti atau guna masa yang ada untuk cat ruang tamu atau bilik anda untuk tampak lebih segar! Sometimes, all of us wish the decor in our house should be minimal so it looks more specious, practical and of course personal. Keep scrolling down untuk ketahui lebh lanjut.

 

#1 Alyssa Kapito @alyssakapitointoriors

Came from an art history background, Alyssa gemar bermain dengan palet warna natural serba putih that will make yourself  feels warm when you step into and soothing at the same time! Jika melihat akaun IG miliknya dia gemar bermain dengan elemen hiasan vintaj dan antik. Susunan aksesori seperti lampu, coffee table book dan pasu yang digunakan juga membentuk titik fokus pada ruang di rumahnya.

“Minimalist take on traditionalism, in which editing is key to keep homes feeling fresh…”  – Dalam temubual sothebys.com

Pereka dalaman rumah muda yang berasal dari Amerika Syarikat ini juga pernah dipilih sebagai A-Lister dalam majalah ELLE Decor US sebagai salah seorang dari Top Interior Designers In The World. Setiap sentuhannya memberi hasil rekaan dalaman rumah yang minimal dan berkarakter tetapi tampak timeless! 

 

#2 Fredik Karlson @fredikkarlssoninteriors

 

“I find myself in a position where I’m doing what I love, and I have to make the most out of this opportunity…” – Dalam temubual C.PQ.com

Dia merupakan pemain golf profesional  yang menggunakan platform media sosial untuk memangkin karier dan minatnya sebagai pereka dalaman dan furniture designer. Lelaki yang berasal dari Sodertalje Sweden ini gemar bermain dengan palet natural bersama hiasan aksesori vintaj ‘etagere’ yang dikumpul dan dijual semula seperti tembikar dan pasu buat hasil tema rekaan dalaman Mid-Century-Modern.

 

Dari lantai dalam patern herringbone hinggalah susunan gambar minimal abstrak, Fedrik mencipta satu sudut pandang dengan ecstatic yang cukup well-appointed. Cara dia menggabungkan elemen kayu dalam pelbagai jenis,  warna dan tekstil buat sofa dan rug disatukan dengan cukup sempurna, no wonder dia menjadi salah seorang pereka dalaman kegemaran Virgil Abloh dan pernah menghasilkan rekaan dalaman butik Off-White di Milan.

 

#3 Sarah Van Peteghem @sarah_cocolapine

Pereka dalaman dan juga blogger Coco Lapine yang menetap di Munich, German ini gemarkan idea minimalis Nordic dengan pengunaan warna putih di dinding sepenuhnya disokong bersama beberapa elemen hiasan yang membuahkan karakter scandinavian dalam setiap ruang. Dia arif falam mencipta karakter yang tersendiri contohnya dengan mix and match pelbagai jenis kerusi di ruang makan begitu juga dengan dekorasi perhiasan rumah.

 

“I think my interior style definitely has a Nordic influence, but I like to mix it up with other elements as well. I like my interior to be quite minimal with clean lines, but without losing the coziness of a home…” – Dalam temubual donebymyself.nl

Antara yang menarik pehatian kami dalam susun atur rekaan dalamannya adalah keunikan material dan hiasan pasu dan pokok kecil yang digayakan, begitu juga dengan kabinet dapur minimalis yang cukup ringkas dan kemas. How we wish we could live in this minimal interior!

 

#4 Shea McGee @studiomcgee

Terkenal dalam channel YouTube StudioMcGee. Blogger, furniture designer, pemilik kedai perabut dan ibu kepada dua orang anak ini merupakan salah seorang home stylist yang paling popular dan berpengaruh di Southern California. Hasil susunan dan rekaan perabut yang direka dan dijual melalui macgeeandco.com tampil dengan variasi rekaan yang segar dan tersendiri seperti mana dia menghasilkan rekaan dalam rumahnya juga pelanggannya di sana.

 

“My aesthetic is bright, clean, and collected. I’m personally drawn to a mix of styles put together in a thoughtful way – I like things to feel beautiful, but approachable…” – Dalam temubual schoolhouse.com

Melihat hasil kerjanya di YouTube kami boleh fahami bahawa cara rekaan perabut dan cara dia menyempurnakan sesebuah ruang di inspirasikan dari english cottage modern house, seperti mana dalam pemilihan rug, aksesori tembikar dan rotan juga linen. Gabungan palet warna muted, bersama kemasan perabut kayu sudah jadi salah satu DNA dia.

 

#5 Athena Calderone @eyeswoon

Baru sahaja siap dengan renovasi rumah terbarunya di Amagansett, New York, beach house, penulis, pereka dalaman, chef dan pemilik jenama EyeSwoon, Athena Calderone punya ‘taste’ rekaan dalaman yang unik dan dekat dengan personalitinya. Penulis buku masakan popular ‘Cook Beautiful’ ini mencerminkan rekaan dalamannya dengan inspirasi beach house dimana anda boleh lihat cara dia mengabung elemen modern bersama pilihan aksesori rustik seperti bangku rotan dan aksesori dalam kemasan tembaga juga rak kayu.

 

“The pieces they’ve collected over time tell us about more than their taste in furnishings—they reveal the contours of life’s path, like a visual diary…” – Dalam temubual Architecture Digest.

Antara yag menjadi perhatian dalam renovasi rumah baharu ini adalah konsep dapur rustic-meets-industrial dimana dia cukup kreatif dalam memilih materials, perabut dan aksesori hiasan. Yang menjadi fokus utama adalah blacksplash dapur, floating shelf dan countertop dalam pilihan marmar jenis Calacatta Monet yang dipadankan bersama bangku rotan. Melihat gambar-gamar ruang dalaman rumahnya, setiap sudut tampak ideal untuk sesi OOTD!

 

 

 

Share via
Copy link