Takeaway Hidangan Bufet Hotel Untuk Berbuka

Berbuka puasa beramai-ramai di hotel antara aktiviti yang dinanti-nantikan setiap tahun, namun tahun ini tampil kelainan bagi memastikan keselamatan semua masih terjamin.

 

 

Bulan Ramadan kembali lagi tahun ini namun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, kita semua disarankan untuk tidak berkumpul beramai-ramai untuk berbuka, bahkan bazar Ramadan yang juga lokasi sering dikunjungi ramai kini hadir dalam talian. Malah hotel-hotel tempatan tahun ini juga mengadakan bufet Ramadan mereka dengan cara lebih unik iaitu dengan pembelian takeaway atau self pick-up. Pembaharuan ini bukan sahaja mengelakkan orang ramai berkumpul untuk elak menyebarkan jangkitan, bahkan mereka masih lagi berpeluang untuk mencuba hidangan signatur hotel yang lazat di kediaman peribadi masing-masing.

Sesuai sekali buat mereka yang sudah mula penat untuk memasak setiap hari, anda kini berpeluang untuk mencuba hidangan lazat hotel tempatan dengan hanya membuat tempahan dalam talian yang mudah dan pantas. Kami senaraikan beberapa hotel tempatan yang turut serta dalam penghantaran makanan dalam talian serta self pick-up untuk anda sendiri cuba hidangan mereka.

 

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

TPC Kuala Lumpur

Menawarkan menu takeaway Sundown istimewa yang boleh didapati bermula 1 hingga 22 Mei 2020. Antara hidangan mereka termasuk Nasi Lemak dengan Rendang Ayam, set Nasi Tomato, Biryani Ayam, Ayam dan Daging Masak Lemak, Roti John Ayam dan sebagainya bermula pada harga RM14 dan ke atas. Hidangan untuk kumpulan lebih besar pula hadir untuk 4 individu pada harga RM78 ke atas setiap set dan anda boleh nikmati lauk seperti Ayam Masak Lemak Cili Api, Daging Masak Lada Hitam aray Tenggiri Masak Lemak Cili Api. Pesanan makanan dibuka bermula 1 petang hingga 6.30 petang dan harus dilakukan sejam sebelum waktu penghantaran. Untuk menu penuh, layari tpckl.com atau lihat laman sosial Facebook dan Instagram mereka. Anda boleh hubungi TPC Kuala Lumpur di 03-2011 9189 untuk tempahan makanan.

Share via
Copy link