Samsung Perkenal 3 Flagship Smartphone Bersama 1 Flip Phone Yang Menjadi Bualan Ramai

Jenama yang sudah jadi perintis buat telefon pintar lain hari ini mempamerkan bukan tiga tetapi empat siri telefon pintar baharu yang bakal merubah pengalaman anda menggunakannya dengan Galaxy S20, Galaxy S20+, Galaxy S20 Ultra dan Galaxy Z Flip.

Tiap kali tiba bulan Februari Samsung pasti buat kita rasa tidak senang duduk menanti keluaran telefon flagship yang padat dengan inovasi dan teknologi yang mengujakan dan hari ini Samsung sekali lagi membuat kejutan dengan tiga variasi telefon flagship terbaru yang akan menganti telefon pintar flagship lama Galaxy S10  bersama penampilan istimewa flip phone yang bakal buat anda teringat semula kenangan menggunakan telefon flip pada awal 2000.

 

 

Hari ini di San Francisco USA, Samsung telah melancarkan satu majils besar yang dihadiri oleh media dan warga berpengaruh dalam pementasan teknologi, rekaan dan fungsi baharu yang dibawakan dalam siri Galaxy S20 ini. Dr. TM Roh President and Head of Mobile Communications Business Samsung  telah mengumumkan bahawa ketiga-tiga model siri ini hadir dengan sistem sambungan 5G yang bakal menukar cara kita berhubung dan berkongsi apa sahaja dengan lebih pantas dan efisien.

MERAKAM GAMBAR & VIDEO DENGAN LEBIH BERDIMENSI

 

 

Kita sudah ada telefon pintar yang yang boleh zoom 50 hingga 60x dengan siri telefon flagship dari Huawei dan Oppo, Hari ini Samsung telah memecah rekod dengan menampilkan lensa kemera yang boleh zoom sehingga 100x yang punya 108 megapiksel buat siri terbaru Galaxy S20 Ultra!

Samsung kali ini ketengahkan empat lensa kamera buat siri Galaxy S20, satu dibahagian depan (10MP) dan tiga dibahagian belakang (12MP Ultra Wide, 12MP Wide-angle dan 64MP Telephoto).Untuk Galaxy S20+ pula Samsung mahu beri kelebihan dengan mengengahkan lima lensa kamera, satu di bahagian depan (10MP) dan empat dibahagian belakang (12MP Ultra Wide, 12MP Wide-angle, 64MP Telephoto dan satu Depth Vision Camera).

Buat anda yang gilakan kamera yang bersolusi tinggi pula pilih siri yang paling premium Galaxy S20 Ultra yang hadir dengan lima kamera, satu dibahagian dengan (40MP) dan empat di bahagian belakang (12MP Ultra Wide, 108MP Wide-angle, 48MP Telephoto dan Depth Vision Camera) yang membolehkan anda zoom sehingga 100x (10x Hybrid Optic Zoom dan 100x Super Resolution Zoom).

 

Yaya Zahir jadi selebriti pertama yang mencuba kamera dari Samsung Galaxy S20

 

Mahu tampil lebih berevolusi, siri baru ini mengangkat standard rakaman video dengan dari 4K ke 8K, ini barmaksud resolusi rakaman menjadi empat kali lebih besar dari UHD dan 16 kali lebih luas dari FHD. Ini menjadikan setiap rakaman video anda lebih jelas dan besar seperti tayangan filem di dalam panggung wayang. Mahu memudahkan pengguna, rakaman video juga didatangkan dengan fungsi ikonik Super Steady yang membolehkan anda merakan sambil berjalan dan berlari atau tanpa kesan gegar.

SMART, SLEEK & POWERFUL

 

 

Model flagship dari Samsung ini tampil dengan rekaan yang premium,  masih tampil dengan skrin menyeluruh Infinity-O Display tetapi kal iini dengan 120Hz peralihan skrin yang memberi penggunaan skrin sentuh yang lebih seamless, terutamanya buat anda yang gemar menggunakan aplikasi permainan online.

Galaxy S20 ini juga tampil dengan 12GB ram buat kedua siri S20 dan S20+ manakala S20 Ultra tampil lebih pantas dengan 16GB ram buat penggunaan yang lebih lancar tanpa gangguan. Siri ini tampil dengan tiga pilihan warna yang berbeza buat setiap model telefon. Istimewa S20 tampil dengan warna yang ceria Cloud Pink,  model S20+  hadir dengan warna Cosmic Grey, Cosmic Blue & Cosmic Black dan S20 Ultra hadir dengan dua pilihan warna Cosmic Grey dan Black sahaja.

WELCOME BACK FLIP PHONE!

 

 

Kecil dan fit in your pocket perfectly! Kini Motorola Razr sudah ada persaing, Samsung tampilkan telefon kompak yang boleh dilipat bersama beberapa fungsi menarik yang pasti jadi kegilaan ramai! Selepas kejayaan Samsung Galaxy Fold, jenama elektronik besar ini mahu bereksperimen dengan lebih lagi dalam menghasilkan satu rekaan telefon yang boleh dilipat dengan rekaan yang futuristik juga tampil dalam warna yang menarik.

 

 

Z Flip memiliki skrin seluas 6.7inch OLED display bersama persisian Snapdragon  855 Plus, 8GB RAM, 256GB persisan memori juga hadir 3,300mAH dual battery. Buat anda yang gemar mengambil swa-foto dan OOTD, telefon comel ini juga dipadatkan bersama 12MP kamera bahagian belakang dan 10MP buat bahagian hadapan.

Untuk pergi lebih terperinci sila kunjungi laman web Samsung di sini.

 

 

 

 

 

Share via
Copy link