Tembakan Rambang Di Dua Buah Masjid Di Christchurch New Zealand Mengakibatkan 40 Orang Meninggal Dunia

Salah seorang suspek tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch New Zealand turut membuat LIVE di Facebook sepanjang insiden itu berlaku.

 

 

Video LIVE yang dirakam di Facebook oleh suspek tersebut telah tular dengan pantasnya sekaligus mengundang marah di kalangan pengguna platform media sosial itu kerana kekejaman melampau. Bahkan, ada di antaranya mengatakan yang rakaman tersebut dilihat seakan meniru aksi di dalam sebuah permainan popular, Counter Strike.

 

Setakat ini disahkan seramai 40 orang meninggal dunia serta 20 orang cedera di dalam insiden tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand. Polis NZ mengatakan yang seramai empat orang suspek termasuk tiga orang lelaki dan seorang wanita kini di dalam tahanan tetapi tiada sebarang jaminan yang ada pesalah lain.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link