Tip Tidur Dalam Penerbangan

Di musim cuti begini pasti ada antara kamu yang memilih untuk melancong ke negeri orang kan? Seronoknya! Tapi bila memikirkan perjalanan yang memakan masa hampir lapan jam dan keatas, dah boleh merasakan kebosanan yang bakal kamu rasa nanti. Manakan tidak, mesti tidur sepanjang perjalanan. Sedikit tip supaya tidur kamu selesa dalam penerbangan nanti.
 
tip-tidur-dalam-penerbangan

Gambar: thrillist.com

 
1. Cuba pilih jadual penerbangan yang selari dengan waktu tidur kamu. So you don’t have to struggle yourself counting the sheeps!
 
2. Ketika memilih tempat duduk dalam penerbangan, pilih yang berdekatan dengan tingkap supaya bantal yang kamu sandarkan pada dinding pesawat dapat memberikan keselesaan ketika tidur. Kalau boleh, pilih tempat duduk yang paling depan atau berdekatan dengan pintu kecemasan. Kebiasaannya kawasan ini mempunyai ruang dibahagian kaki yang lapang.
 
3. Berpakaian biarlah yang selesa untuk penerbangan yang lama. Usah pakai terlalu ketat kerana ia akan menyesakkan kamu. Pilih pakaian yang sedikit longgar dan tebal bagi menyesuaikan dengan suhu dalam pesawat yang asyik berubah.
 
4. Jangan lupa untuk bawa bersama ‘travel sleeping kit’ seperti bantal leher, penutup mata dan selimut kecil.
 
5. Ipod sangat membantu ketika dalam penerbangan yang panjang. Pakai earphone yang kedap bunyi dari sekeliling supaya tidur kamu tak terganggu dek bunyi tangisan bayi di ruang belakang!
 
6. Elakkan dari minum kopi atau nescafe sebelum menaiki pesawat. Sebaliknya, perbanyakkan minum air masak (tetapi bukan sebelum kamu tidur!)
 
7. Sesekali berjalanlah kedepan dan kebelakang bagi melancarkan peredaran darah terutama sekali dibahagian kaki.
 
8. Seeloknya, dapatkan khidmat nasihat dari doktor sebelum mengambil sebarang pil tidur. Pastikan masa penerbangan kamu tidak mengganggu tindak balas ubat tidur kerana ia mengambil masa sekurang-kurangnya lapan jam untuk bertindak.
 
Selamat bercuti dan enjoy your flight!
 

Share via
Copy link