Giliran Dato’ Siti Nurhaliza Terbang Ke Mekah Tunai Umrah

Gambar : Instagram Dato’ Siti Nurhaliza

 

Dato' Siti Nurhaliza

 

Umum tahu yang pada bulan Ramadan kali ini ramai selebriti terkenal tanah air yang telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Kini, giliran Dato’ Siti Nurhaliza pula yang mempunyai perancangan untuk ke sana esok.

 

Penyanyi nombor satu negara ini turut bersyukur kerana diberi kesempatan dijemput untuk menunaikan umrah pada bulan yang mulia ini.

 

Dato' Siti Nurhaliza

 

“Alhamdulillah, tahun ini saya sekali lagi mendapat peluang untuk menunaikan Umrah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Insya-Allah, saya bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Jun ini dan pulang semula di Malaysia pada 4 Julai, dua hari sebelum sambutan Hari Raya. Selepas bergelar isteri, adalah menjadi impian saya untuk menunaikan ibadah umrah setiap kali tibanya bulan Ramadan. Tahun ini saya sekali lagi diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah di Mekah,” kata Dato’ Siti Nurhaliza kepada portal Astro Gempak baru-baru ini.

 

Dan menerusi satu post di Instagrammya, Dato’ Siti sempat memohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya.

 

 

EH! ucapkan semoga perjalanan pergi dan pulang Dato’ Siti Nurhaliza selamat dan dipermudahkan segala urusan di sana nanti serta semoga ibadahnya akan dirahmati sentiasa.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link